Wednesday, August 6, 2008

sampul surat


dalam kotak kecik xder. dalam kotak besar lagi xder. haish

waktu nak guna ni la dia ilang. waktu xnak, der pulak dia menyemak depan mata.berpeluh dah ni ha!! hmm...nak misscall, rasa macam xpatut sangat.

teringat nak double check dalam drawer. mujur jumpa. ketidak tadi dah 'punggah' lemari.heh

Monday, August 4, 2008

aku nombor berapa ha??



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb,
19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb,
20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb,
21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb,
22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb,
23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb,
24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb,
25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb,
26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,
27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


No.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil,
rajin, terus-terang, cemburu dalam asas
pertandingan, baik hati, peramah dan
autoriti. Anda ingin mendahului dalam
apa jua keadaan. Anda seorang yang
berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah
berada di bawah pimpinan orang lain.
Anda akan bercinta dalam usia yang muda
tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda. Malah
anda juga menyimpan dendam dengan orang
yang bersalah dengan anda. Anda seorang
yang kuat belanja. Pada masa hadapan
anda adalah professional dalam kerjaya
yang anda ceburi. Namun terdapat juga
orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah
no.4, 6, 8.


No..2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh
semua orang kerana anda berperanankan
Bulan dan semua orang suka akan bulan.
Em....bagus! Anda suka bermimpi siang.
Anda kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda
adalah seorang yang sukar diramal kerana
anda membuat perubahan berdasarkan masa
dan keadaan. Anda juga seorang yang
mementingkan diri sendiri tetapi and
mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan
komunikasi lisan. Sikap anda seperti
bulan yang datang keredupan dan pudar
jadi semua orang boleh mengetahui
perubahan anda. Anda boleh menjadi
Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta
akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras,
pentingkan diri sendiri, kuat agama dan
suka untuk mempertingkatkan kehidupan
sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga
dan anda dapat mengharungi dengan
kesabaran anda. Anda sangat pandai
bercakap, wajah yang cantik, jadi ke
mana saja anda pergi anda akan dapat apa
yang anda inginkan. Daripada hari lahir
anda, anda perlu berkerja keras untuk
berjaya. Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau
persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu
akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda
akan membawa harapan, kegembiraan dan
keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal
anda adalah no.6, 9.

No.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan
rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana
kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang lain.
Anda berbakat dalam penyelidikan dan
seni. Anda akan membantu ahli keluarga
atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
tanpa berfikir panjang. Anda kena
berhati-hati dengan orang sekeliling
anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-kawan anda
akan menghabiskan masa dan wang ringgit
anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat
mereka lagi. Walau bagaimanapun anda
tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda
boleh menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal
fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda
adalah seorang yang humor di kalangan
kawan-kawan dan ahli keluarga.
Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga
akan minta bantuan anda apabila mereka
memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan.
Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda
mempunyai ciri-ciri seorang pengembara
dan ahli silap mata..
Anda mempelajari
hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal
anda adalah no.1 , 2, 9.

No.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup
ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam
hidup anda saja. Anda sangat pandai
dalam pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius, baik
hati (tapi hanya orang yang beranggapan
anda orang baik), mempunyai paras rupa
yang cantik atau kacak. Semua benda yang
baik akan datang pada anda. Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga
dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
mereka, anda adalah seorang yang murah
hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan
ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada
sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan
seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas
baran. Namun demikian, anda banyak
melakukan pengorbanan untuk keluarga.
Anda meletakkan keluarga di tempat yang
amat tinggi sekali sehingga
kadang-kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan
untuk memberi sumbangan kepada dunia
ini. Jadi anda seorang yang bagus dan
seorang yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.

No.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat
kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding
jari pada sesuatu benda. Anda juga
mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
Semua masalah ini telah menjadikan anda
lebih kuat dan tabah. Anda
memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa
anda telah dihabiskan bersama-sama
dengan kawan-kawan. Anda seorang yang
disiplin dalam hidup, tidak putus asa
dan berani. Faktor-faktor ini telah
membawa anda ke puncak kejayaan. Anda
juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah
dari segi fizikal dan juga mental. Anda
mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat
dihormati dalam komuniti. Anda adalah
orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu
bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin
meningkat anda adalah seorang anak yang
taat dan hormati mereka. Anda sesuai
menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan
yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan
ideal anda adalah no. 3, 5, 6

Wednesday, July 9, 2008

Nobita+Giant

korang tau x...........................kenapa nobita n doremon xder hati pun nak datang Malaysia??

huhu......sebab Giant der kat Malaysia. banyak pulak tu.....tats y la dia xberani datang.

haila....ini adalah antara lawak bangang yang adik aku tanya yang lepas tu dah tentu kene sekeh!!

Sunday, June 22, 2008

Terma dan Syarat **

Der satu hari tu, aku terbaca satu qoutation. ayat dia bikin perut aku pusing tiap kali aku baca. aku baca? ye la sebab aku der salin....
korang baca ni>>

"Sayangku, aku mencintaimu dan kau mencintaiku untuk selama-lamanya. Tidak akan kubiarkan kau sendirian". *

*mengikut keadaan

skang korang tengok kat ujung ayat tu. der tanda starkan??[*] tengok kat bawah dia pulak, der jugak starkan??[*]

wala.....mulanya aku xpaham pesal star [*] tu der kat situ. pastu bila pk pk balik perut aku terus pusing-pusing.

pergh!! bercinta pun macam sertai perduan pulak. sebab dekat tawaran hadiah tu akan ader perkataan "terma dan syarat" dan dekat ujung ayat dia pulak der tanda star [*]. betul tak??

jadi moral of der story, sebelum korang kawen, korang boleh sign MoU dulu ngan partner korang. pastu, dalam MoU korang letak jer janji paling manis yang korang boleh pk. tapi jangan lupa pulak letak tanda star [*] huhu

macam ni>> "ku mencintaimu, sedalam hatiku...."*
*sah sehingga aku belum menemui yang lebih kacak darimu!!

wala.......**aku tak bersalah kalo pasni memang ader yang mencuba!

Thursday, June 19, 2008

Tawaran daripada aku


saper nak boy friend??

aku nak bagi boy aku ni. tapi kalo dia xnak ngan korang aku xleh wat ap2 la.. tapi korang boleh cuba. mana tau sangkut kan??

aku?? huhu...aku nak kawen terus jer...
biarlah aku tak tahu saper bakal husband aku. sebab, aku sangat demand. dan selagi aku ader pilihan didepan mata, selagi itu aku xkan berpuas hati dengan apa yang aku ada. jangan bermain dengan hati manusia.

aku?? pada aku...perasaan yang paling best ialah masa aku suka sangat kat seseorang tu, tapi orang tu xtahu pun yang aku suke dia. kenapa perasaan ni paling best?? sebab......aku suke.

aku?? aku kan suke buat apa yang aku suke buat. jadi....adalah penting apa yang aku suke daripada apa yang orang lain suke. kan idup aku. aku punya suke arr. huhu

aku?? aku rasa macam xder hati jer bila orang suka aku. tapi aku rasa aku ader pulak hati kalo aku yang suka orang.....haila

komitmen?? TOLONG AKU!!

Saturday, June 14, 2008

aku milik dia


i'm faling in love??
is tat wat i really wanna in my life? of cos la. hehe
fall not in love, then it will stik on ur face!!

xrumate....i'm falling in love!!
i'm in love!!
cepat la congrats weh!! huhu

Saturday, June 7, 2008

Bomba


pagi tu pukul 8.30 pagi. rasa macam bergegar jer bilik aku tu. upernye kak aku yang susah2 goncang bahu aku... ingt tadi dah gempa bumi...

lepas dia susah2 kejut aku sampai aku buka mata...dia cakap ada bomba kat bawah. [bawah sebab umah tu bertingkat-tingkat] aku pun...kesian sebab dia dah sungguh2 kejutkan aku then aku pun bangun la g jenguk kat balkoni nun tanpa cuci muka dulu...

ceh!! takat bomba tp xder api wat per... aku kata kuat2 bagi kak aku dengar. pastu kak aku pusing lipat sambil kata..."abis semalam saper yg nk cover story sal lori polis kat bawah nun?? orang tu nak pindah umah skodeng macam org tu nak tangkap PATI..."

adeh!! cter semalam pun der ulangan ke pagi2... aku ingat ASTRO jer wat keje camni... huhu
pastu aku pun nak masuk bilik arr sambung tido. baru 8.30....belum 12.30...

belum aku tutup pintu aku dengar kak aku membebel... "diorang ni susah2 jerr panggil bomba jauh jauh.. yang dekat xmo panggil..". kak aku cakap kuat2 sambil angkat lori bomba anak dia..

apa lagi aku boleh buat bila aku tengok rahang bawah abang ipar aku jatuh.
wala....