Monday, July 19, 2010

Julai 19

sudah setahun saya disini.

terima kasih kepada ultraman kerana telah membuat janji-janji manis ketika mula-mula saya di sini. yang membuatkan saya menangis nak balik penang tiap-tiap malam.

ya. tiap-tiap malam selama dua minggu. hantu betul!

terima kasih pada kak ieta dan abang faisal,
kerna tumpangkan bermalam.

pada abang fazallah,
yang susah payah temankan saya cari bilik
(setelah tertipu dek janji ultraman)

dan awak inche wallpaper,
yang jaga saya selama di sini.

dan kamu, yang selalu-selalu menghantar mesej emosi pada saya.
terima kasih.

benar, insan-insan ini banyak membantu. sangat.
tapi saya syak...
mungkin,
saya boleh survive
hari ini, di sini,
sebab saya masih chomel
dan lebih chomel daripada ultraman =)

Friday, July 16, 2010

untuk orang bujang yang bahagia macam saya,

kenaikkan harga barang memang tak ada kesan.

tak terkesan pon. dan...

sila
jangan
gatal-gatal
jadikan
harga
petrol
sebagai
alasan
untuk
tanak
dating!


protes nanti!

Friday, July 9, 2010

bila hangin, mula la rasa macam nak tukar password..

sungguh!



kalau terbagi balik cincin nih,
tolong tampar sorang sekali.

Wednesday, June 16, 2010

dalam semak file, saya jumpa ini..

Hari-hari biasa seorang budak,
Malamnya akan ambil ubat dan bukan supplement.

Hari-hari biasa seorang budak,
Sarapan paginya supplement, dan bukan ubat.

Hari-hari biasa seorang budak,
pagi tadi sama saja dengan pagi sebelumnya.

Hari-hari biasa seorang budak,
=keringkan hati.

Ada ketika, ada harinya,
supplement akan datang sendiri padanya.
Selalunya petang. Kadang-kadang saja malam.
Tapi sungguh, si budak tak pernah ambil ubat
bila dia sedang ambil supplement.
Walau keduanya mudah dihadam.

Hanya bila malam,
ubat akan datang.
Dalam 24 jam yang semua orang ada,
mungkin hanya itu saja waktu yang tinggal untuk si budak.
Tapi sebab perlukan ubat,
si budak biarkan harinya biasa-biasa.

Si budak sangat mahukan ubat dan sangat perlukan supplement.
Ubat bukan tukaran supplement
dan si budak jugak tidak mahu tukarkan ubat dengan zulhuzaimy.
Tidak.

Si budak sangat perlukan ubat
dan sangat mahukan supplement.
Tapi keduanya datang hanya bila mereka mahu.
Selalu-selalu si budak menyeru tapi seperti biasa,
mereka datang hanya bila mereka mahu.

Tapi masih,
Hari-hari biasa seorang budak,
ubat dan supplement adalah anugerah..


berdosakah saya andai dalam dakap ubat masih rindukan supplement?

Wednesday, May 5, 2010

orang bujang yang bahagia macam saya mana tahu berpantang.

sungguh...


mana ada orang pergi kenduri kawen
makan ikan kering sampai bengkak-bengkak gusi.


dan lagi,
mak cik pak cik ortodoks tak boleh diam dari bertanyakan
"....bile nak langsung?"

gadai cincin baru tau!

Thursday, April 1, 2010

ilmu hisab

saya ingat saya yang paling teruk dalam bab kira-kira
sampai duit tol RM1.60X4 pun saya tanyakan kekaseh saya yang comot tu.

...rupanya, ramai lagi editor bahasa dalam department saya yang lemah
nafsu kira-kiranya.

"dik, RM3.80 campo RM3 berapa? betul ke enam lapan?"


junior macam saya mana berani gelak kuat-kuat.