Monday, October 4, 2010

baru seminggu

Monday, September 6, 2010

terima kasih, awak! tapi duit raye yang awak bagi tu tak cukup..

awak,


dah lebih sebulan saya tak sihat,
awak yang jaga saya.
saya mintak maaf,
saya tak kuat macam yang awak harapkan.

awak,
saya mintak maaf...
saya selalu muntah.
mungkin awak geli...
saya mintak maaf sangat.

sepanjang hari-hari yang saya tak sihat,
awak baik sangat.
awak banyak bersabar ngan saya..
awak belikan vitagen berbotol-botol tuk saya.
awak picitkan kepala saya...
awak buangkan sampah-sampah saya...
awak tolong habiskan makanan saya...
awak datang jauh-jauh,
tiap-tiap hari semata nak temankan saya..
terima kasih sangat.
tak tahu sampai bila awak sanggup jaga saya.


awak,
dengan keadaan kesihatan saya yang macam ni,
saya terima kalau awak dah tak nak datang pada saya sampai bila-bila.
saya ok.
sungguh!

lagi,
saya nak awak tahu...
saya bahagia sangat bila bersama awak.
terima kasih.

dan lagi,
kalau awak masih nak datang pada saya,
tolong jangan sakit yer...
kalau awak sakit,
saya takut...
saya tak dapat jaga awak macam awak jaga saya.
lagipun...
kalau awak sakit,
tak boleh la saya nak merap ngan awak lebih-lebih. hee..

awak,
saya nak hidup dengan awak.
nak tua dengan awak.
nak susah sama-sama.
senang sama-sama.
saya tak berani nak janji apa-apa...
tapi, saya sanggup terima macam mana pun takdir saya bila bersama awak.
moga ALLAH tetapkan hati saya sampai bila-bila.
saya nak jadi yang halal tuk awak...
selama mana awak sanggup terima saya.

sungguh!

Monday, July 19, 2010

Julai 19

sudah setahun saya disini.

terima kasih kepada ultraman kerana telah membuat janji-janji manis ketika mula-mula saya di sini. yang membuatkan saya menangis nak balik penang tiap-tiap malam.

ya. tiap-tiap malam selama dua minggu. hantu betul!

terima kasih pada kak ieta dan abang faisal,
kerna tumpangkan bermalam.

pada abang fazallah,
yang susah payah temankan saya cari bilik
(setelah tertipu dek janji ultraman)

dan awak inche wallpaper,
yang jaga saya selama di sini.

dan kamu, yang selalu-selalu menghantar mesej emosi pada saya.
terima kasih.

benar, insan-insan ini banyak membantu. sangat.
tapi saya syak...
mungkin,
saya boleh survive
hari ini, di sini,
sebab saya masih chomel
dan lebih chomel daripada ultraman =)

Friday, July 16, 2010

untuk orang bujang yang bahagia macam saya,

kenaikkan harga barang memang tak ada kesan.

tak terkesan pon. dan...

sila
jangan
gatal-gatal
jadikan
harga
petrol
sebagai
alasan
untuk
tanak
dating!


protes nanti!

Friday, July 9, 2010

bila hangin, mula la rasa macam nak tukar password..

sungguh!



kalau terbagi balik cincin nih,
tolong tampar sorang sekali.

Wednesday, June 16, 2010

dalam semak file, saya jumpa ini..

Hari-hari biasa seorang budak,
Malamnya akan ambil ubat dan bukan supplement.

Hari-hari biasa seorang budak,
Sarapan paginya supplement, dan bukan ubat.

Hari-hari biasa seorang budak,
pagi tadi sama saja dengan pagi sebelumnya.

Hari-hari biasa seorang budak,
=keringkan hati.

Ada ketika, ada harinya,
supplement akan datang sendiri padanya.
Selalunya petang. Kadang-kadang saja malam.
Tapi sungguh, si budak tak pernah ambil ubat
bila dia sedang ambil supplement.
Walau keduanya mudah dihadam.

Hanya bila malam,
ubat akan datang.
Dalam 24 jam yang semua orang ada,
mungkin hanya itu saja waktu yang tinggal untuk si budak.
Tapi sebab perlukan ubat,
si budak biarkan harinya biasa-biasa.

Si budak sangat mahukan ubat dan sangat perlukan supplement.
Ubat bukan tukaran supplement
dan si budak jugak tidak mahu tukarkan ubat dengan zulhuzaimy.
Tidak.

Si budak sangat perlukan ubat
dan sangat mahukan supplement.
Tapi keduanya datang hanya bila mereka mahu.
Selalu-selalu si budak menyeru tapi seperti biasa,
mereka datang hanya bila mereka mahu.

Tapi masih,
Hari-hari biasa seorang budak,
ubat dan supplement adalah anugerah..


berdosakah saya andai dalam dakap ubat masih rindukan supplement?