Monday, June 1, 2009
...dan 1 untuk ultraman
cepat g carik keje weyh!
eh...jangan-jangan, ultraman belajar memasak kat umah.heh
Jee, baik awak pegi buat rondaan.
eh...ntah-ntah, Jee pun tengah belajar memasak jugak.haih
superhero
yang ini aku tak kan faham sampai bila-bila. kenapa la yang boleh suka tengok ultraman? bukan nye ultraman tu pandai lawan pun. bersilat ntah apa-apa.
boleh pulak angkat manusia aneh dari jepun tu jadi superhero..
gila!
hadiah
nanti saya kaya, baru bagi awak ngan Jee hadiah
ultraman
moga cepat kaya,
juga berjaya ketemu ultraman kacak!
ultraman,
yang kini berstatus penganggur.
baiklah, penganggur comel
selamat hari lahir.
jadi,
mrs. Riu a k a Jee
mrs. Jian a k a Ultraman dan
mrs. Domyouji...
FIGHTING!
Saturday, April 11, 2009
Norhajidah Hassan, sila ambil perhatian

kurang jelaskah?
okeh.
Dengan ini, Norhajidah Hassan, no matrik 91554 berjanji akan belanja ais cream [sepatutnya aiskrim] Baskin Robin mengikut citarasa Wan Norhaspalela, Noor Shuhadah dan Nor Eliza jika kami berani memberi nombor telefon Nor Hajidah kepada Hizri pekerja pizza hut Sg Dua.
10.35 pm 21/12/08.
tak nak baskin robin? tak apa. cari aiskrim lain yang berbaloi untuk digantikan dengan baskin. jangan tidak-tidak ya Jee..
dan lagi...
Jee,
tolong sensitif dan kasihankan kami.

yang benar,
rumates_ultraman.
Friday, April 10, 2009
macam ni la Aini...
"wan, awak free tak petang nih? temankan saya jap". kata ultraman setelah keluar dari bilik mandi pada jam 1.50 tengahari yang lebih menghampiri petang. [haha...gelak keji]
"nape?" aku buat-buat tanya sambil layan bapak-bapak ni.
"saya nak gi **** [terpaksa dirahsiakan. takut ada yang nak ikot] jap. jom arr?"
lepas tu aku diam. layan ni. dan gelak kuat-kuat.
lalu berkatalah ultraman kepada seorang junior... "macam ni la Aini, kak wan selalu tak hiraukan kak syu tau. tengok arr tuh.."
haha...comel.
***
"weh! cepat gi kafe. sekarang tengah tak der orang nih. kang orang balik sembahyang jumaat baru tau" nasihat seorang rumate kepada ultraman..
"nak gi lar nih!" ultraman amik tuala. eh, tudung.
"awak nak gi kafe pakai seluar nih?" betapa kesahnya seorang rumate kepada ultraman. geleng kepala sambil pandang seluar kelabu tompok-tompok hitam milik rumate kepada rumates_ultraman.
"..lor awak yang cakap sekarang tak da orang kat kafe kan...?"
"owh..! mintak-mintak la tengah awak dok bayar tu, segerombolan lelaki-lelaki kacak datang. amin.."
pandang skrin. baca ni. tengok belakang, ultraman amik jeans. heh.
notasatu: maaf, tiada watak raksaksa dalam episod ultraman kali ini.
Sunday, April 5, 2009
Monday, March 9, 2009
entri secaWAN vico sebelum tulis pasal lelaki kacak. eh silap..pasal mi segera
Jee kena tulis surat tunjuk sebab pertama sepanjang tiga tahun di sini. [aku rasa baru yang pertama]. heh..belum boleh tandingi aku yang dah lima kali menaip guna alasan yang sama.
kepada Jee: jangan malu-malu kalau perlukan bantuan. pemilihan perkataan kena tepat. biar tuan haji harun terharu sampai nangis-nangis..sama macam awak menangis sebab terharu bila saya kejutkan awak bangun sahur dulu-dulu. heh.
Adwave.
ultraman mempertikaikan tindakan aku yang gi closing event dia lima minit jer. tak support rumate katanya..
betul tak sedar diri ultraman nih. kepala terhantuk perut CK ke? [hehe...gelak suci]
ultraman terlupa ke aku dah gi main puzzle maxis walaupun CK yang handle game tu? dah lupa ke dia yang paksa aku vote untuk short video competition? dah lupa ke dia yang berkomplot ngan aku tuk kuiz penang heritage? dia dah lupa ke aku yang betulkan board iklan yang senget kat foyer DTSP tuh? dia lupa ke dia heret sapa gi DTSP pukul tiga pagi?
mekasih tuk goodiesbag sloggi.
Sloggi.
kalau kat kampung, dengan selambanya boleh bawak paperbag biru muda yang tertulis 'sloggi' ke tempat-tempat awam. sebab mengandaikan pakcik-pakcik tak tahu nate gapo sloggi tuh [baca dengan loghat kelate. hehe camne, da peningkatan tak skill kawe ultraman?]
perlu cukup berani kalau nak buat kat sini. tak ada masalah pun kalau nak buat..terutamanya jika kamu lelaki kacak. tapi kalau betul nak buat, bagitahu aku dulu!
eh...dah habis vico aku?
Tuesday, December 30, 2008
Tuesday, December 23, 2008
lepas terlepas dan melepaskan
Sekarang, ada perkara yang perlu dipertimbangkan semula.
Kalau dulu aku gelakan Jee sebab ambil kursus seni memasak yang macam tak ada kursus lain. Orang ambil la kursus seni gaduh ke, seni cari pasal ke, seni karang-mengarang ke..tapi sekarang perlu fikirkan balik sebab...
Kalau dulu aku boleh buat pekak bila puan rumah bising-bising pasal camne nak siang ikan bila pegi ‘rumah orang’, camne nak potong sayur, camne nak potong daging, camne nak itu, camne nak ini..tapi sekarang patut-patut dah ada teknik siang ikan standart sebab...
Kalau dulu aku gelakan yani sebab dalam banyak-banyak kursus, dia amik munakahat. Tapi sekarang perlu fikirkan balik sebab…semester ni aku pulak yang nak amik munakahat
Kalau dulu aku gelakan vega sebab dah ambil kursus kahwin waktu tahun satu dulu, sekarang perlu fikirkan balik sebab...[err...rasa macam tak yah kot]
Kalau dulu aku selalu marah Jee sebab suka sangat tarik baju aku. Dan sekarang aku tetap akan marah jee dengan ayat standart
“Jee!! tolong jangan tarik baju saya kalau saya rasa saya cantik. Ok?”
Mak cik ni tak pernah berubah.
Friday, November 14, 2008
Dari hati terus ke inbox message
Jemputan: salam. Tidak kira dimana anda berada, free atau tidak, anda diajak [dipaksa sebenarnya bukan dijemput] untuk sertai budak-budak sains gunaan 2002/2003 ke Titi Hayun, Gunung Jerai [bukan mandi tapi hiking] pada 15@16/11/2008. jom panjat Gunung Jerai!!
To: syed farhan hafis, syamsuriana, shahrul zaimi, azizah, sollahhudin, fendi, nurul nadwah, shuhaliza, nurul shuhada, soffie. [amran, yusuf, shikin, linda, yusri, nur’ain, kielah. Maaf sebab aku tak dapat cari numbor telefon. Jadi tiada jemputan. Dan kielah...ko jaga anak ko kat rumah.]
Updated: salam. tarikh ditunda atas permintaan semua. Budak-budak sains gunaan yang lain dah setuju 23/11/2008 sebagai tarikh g hiking di Titi Hayun, Gunung Jerai. Soffie kata dia nak buat makan-makan sikit. Dia kata… Saper nak ikut?? Dan lagi…tadi fendi call din. Fendi jemput g rumah dia. FENDI KAWEN!! 23/11 kenduri rumah wife dia di KL. 26/11/2008 pulak kenduri rumah dia. Dia jemput semua.
Syed: beres. Aku ok ja…asalkan selepas 21/11. Aku ON.
[huh!! Xder perasaan ke mamat nih? Gasak la…janji ko g hiking.]
Syed. Budak lelaki yang cari pasal dengan aku lima tahun lalu. Budak lelaki yang penah buatkan aku rasa sangat bengang dan rasa macam tak nak pegi sekolah walaupun SPM lagi sebulan. Budak lelaki yang aku panggil ‘babun datang bulan’. Budak lelaki yang memang aku alah kalau jumpa dalam dewan makan asrama. Budak lelaki yang penah benci aku dulu sama macam aku benci dia. Syed. Budak lelaki yang fanatik dengan bola, jersi number 7 dan David Beckham. Budak lelaki yang suka lagu khayalan-Ruffedge. Budak lelaki yang takut ikan hidup, cicak, kucing, katak dan berudu. Syed farhan hafis...selamat berjumpa selepas lima tahun. Kami hanya saling bermaafan pada hari pertama peperiksaan paper Bahasa Melayu [waktu itu masih lagi Bahasa melayu, bukan Bahasa Malaysia]. Itu pun sebab dia duduk depan aku. Kalau masing –masing duduk jauh...sampai bila-bila pun tak mintak maaf. Jumpa nanti syed.
Soffie: hang macam mana? Pi ka kenduri rumah fendi?
[aku xda kaki kat kampung. Aku tumpang hang boleh? Ah…skandal lagi]
Soffie. Monitor kelas waktu form 5 dulu. Aku simpati dengan ko sebab dapat penolong monitor macam aku. Ye, aku mintak maaf. Aku banyak wat salah ngan ko. Kalau nak ikut...boleh masuk katogeri durhaka. Tapi nak wat camne...dah ko slow.kalau tak silap, last day sekolah pun aku cari pasal ngan ko kan. Nak buat camne...ko keturunan itik nila dan aku keturunan ayam belanda.heh
Liza: w’salam. 23 tu liza baru balik keja. Kalau nak join pun rasa macam tak sempat sebab nak pi rumah sepupu liza pulak. Dia kawen. Wan pi ka kenduri rumah fendi? Liza keja la ari tu…
[pulakk. Kenapa perlu bekerja time aku balik kampung?? Setahun sekali je tau aku balik kampung. Tahun ni je dua kali.]
Liza. Seminggu sebelum SPM, baru aku betul-betul kamceng ngan dia. Sebelumnya, rapat jugak tapi bukan macam ni. Selepas aku ‘keluar’ dari kampung tu...dia satu-satunya kawan yang masih aku hubungi. Dan setiap kali hari raya..aku akan pergi ke rumah dia. Dia tak pernah datang rumah aku sebab aku tak ada rumah, sekalipun rumah abah aku.ya, aku sayang kamu
Iezah: w’salam. Insyaallah…wan balik sini la. Berapa hari bulan balik sini?
Ye...22 ni wan balik. nanti jumpa kat kampung. Kirim salam ngan mak ye]
Iezah. My best friend. Dulu. Sekarang? Pedih. Nantilah aku tanya hati aku. Iezah, kawan sekelas aku dari darjah satu sampai tingkatan lima. Di mana ada iezah, di situ mesti ada wan. Mak dia dah macam mak aku.itu dulu. Sekarang aku fikir berkali-kali kalau nak pergi rumah dia.penjelasan? maaflah..aku memang malas buka mulut.
Anna: pulakk dah…orang nak pi hiking dia nak menikah pulak. Orang buat rumah perempuan dulu baru rumah lelaki..ni terbalik pulakk..
[eh..kene wat umah perempuan dulu ke? Nape kene wat rumah perempuan dulu?tak kisah la...aku bawah umur lagi..tak yah amik tau hal-hal orang tua camni]
Anna...biase je. Macam kawan-kawan yang lain jugak. Boleh tahan kelakar. Otak jahat sama macam aku. Anna. Jangan tak datang tau.
Nadwah: w’salam. tak tahu lagi wan sebab hari ahad susah sikit nak dapat cuti. Fendi erk? Tak nak arr g rumah dia. Dia tak jemput wah pun..
[pulakk. Pesal la kawan-kawan aku ni senstif macam orang tua-tua? Selalu orang tua je buat perangai tak nak pergi kalau tak jemput dengan mulut sendiri.haih]
Nadwah. Sweet. Selalu datang kampung aku dengan usung papan lukisan dari Ruat. Konon-konon study. Tapi result lukisan kejuruteraan masing-masing lingkup jugak. Haila...
Shahrul: insyaallah…aku pi. Tapi kalau ada apa-apa hal jangan lupa bagitau aku pulakk.
[ye lah. Nanti kalau ada apa-apa perubahan, aku inform ko. Datang tau!!]
Shahrul. Budak lelaki yang sangat pemalu. Jadi aku, yang memegang watak budak perempuan yang jahat bertanggungjawab mengusik dia. Tiap-tiap hari.Tu la...lain kali malu-malu lagi dengan aku. Tapi waktu kimia mintak tolong ngan dia jugak. Sorry shahrul..jangan marah aku.
Dan kielah....
Kielah. Seorang kawan. Pendiam dan pemalu. Baru lepas bersalin dua tiga hari lepas. Tak tahu dapat baby lelaki ke perempuan. Nanti-lah aku balik kampung, aku g rumah ko. Berdedikasi punya kawan!! Gila apa ntah kawen awal-awal. Sama je macam fendi!!
Yang lain...aku sayang kamu. Terima kasih sebab kawan ngan aku.
Kawan,
Kejutkan aku yang masih bermimpi,
berfantasi di alam imaginasi,
aku belum ready lagi
...untuk realiti.-noriko
