Tuesday, March 17, 2009
Tuesday, November 11, 2008
ini hanya entri menjawab tag. baik jangan baca
1.Bekas kekasih saya adalah :
Matsumoto jun. Maaf-lah. Aku terpaksa tinggalkan kau sebelum kau tinggalkan aku
2.Saya sedang mendengar :
Faizal tahir-cuba+dengkuran dari planet ultra
3.Mungkin saya patut :
...abaikan tag ini dan sambung baca dewan kosmik muka surat 34
4.Saya suka :
...buat apa yang aku suka.dan aku tidak buat benda-benda yang aku tidak suka
5.Sahabat-sahabat baik saya :
...adalah orang yang menambahkan kualiti hidup aku
6.Saya tak paham :
...macam mana Albert Einstein boleh jumpa E=MC2 dalam toilet?
7.Saya kehilangan :
...tiada kehilangan terbaru yang dilaporkan.heh
8.Ramai yang berkata :
...hai wan!! Dan aku akan jawab...hai jugak!!
9.Makna nama saya :
tak ada kamus jepun, pinjam?ah...sebenarnya nama aku eh...saya tidak ada makna. nor bukan nur...jadi aku tak tahu nak translate macam mana.
10.Cinta itu adalah:
...entah.apesal tanya soalan ni? next...
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
...tertekan dan ada masalah tapi aku tidak tahu nak tolong macam mana
12.Saya akan cuba :
...untuk tidak blogging lagi.haih...untuk tidak merokok.ehe..
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
...Christian Dior-forever & ever. Jangan tukar pewangi biarpun kau dah tukar kekasih. Pewangi lebih penting dari dia.ok?
14.Telefon bimbit saya :
...tidak akan digunakan untuk mengundi benaktang...eh silap.bintang-bintang AF contohnya.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
...tengok jam.automatik baca doa bangun tidur dan kemudian sambung tidur balik tanpa baca doa tidur.berdedikasi betul
16.Saya paling meluat apabila :
...kena ‘tarbiah’ waktu tengah sebal.rasa macam nak bunuh orang.tahu?
17.Pesta/Parti adalah :
Pesta: bising dan perlu menjerit untuk bercakap
Parti: semua orang pakai cantik-cantik [pendefinasian konservatif] kecuali aku
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Haiwan?ceh!! rimau kat lost world tambun...
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
...sekarang.terima kasih 2008 dan lagi... sebab ada kamu!! Betul..aku ada kerna kau ada.sebab aku tidak ‘kuat’ jadi aku perlu kamu
20.Hari ini :
Berpesona gembira tetapi tidak bahagia.aku mahu kamu
21.Malam ini saya akan :
...tidur kalau aku rasa mengantuk, makan kalau aku rasa lapar dan keluar kalau memang nak cari pasal...
22.Esok pula saya akan :
...jogging. lepak di book garden.tengok tv dan balik kalau rasa nak balik
23.Saya betul2 inginkan :
...mesin photostape hati.serius.supaya aku tidak perlu buka mulut untuk berkata-kata
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Haih!! Cepat sambung study...ada 5 jam lagi nih
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
...ya, Queensbay Mall.tapi bukan Jusco.justgo!
26.Makanan Barat atau Jepun :
Barat walaupun bercita-cita nak ke Jepun. Takut muntah hijau.ngee
27.Bilik yang terang atau gelap :
...untuk aktiviti apa? Aktiviti?heh
28.Makanan segera adalah :
...tak sedap!! tapi satu-satunya pilihan yang ada kalau malas nak keluar.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Kau peduli apa kalau aku nak nangis kat bus stop? [dalam hati jerr]
30. Adakah anda ingin panjangkan TAG ini??
kamu nak? Amiklah..
baiklah, kehadapan sdr. jebatsari [wajib]. sdri. jee [harus] dan en. painkiller [kalau kamu sudi melayan tag ini]
aku tag kamu!!
* * *
Tuesday, November 4, 2008
Saturday, March 29, 2008
Pak Lah dan Khairi menang anugerah pos Malaysia
Kuala Lumpur Mac 25hb, 2008 – Pos Malaysia Berhad mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Wakil Pos untok Pilihanraya 2008 kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri Malaysia dan Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau.
Anugerah ini yang pertama kali dilancar tahun ini memberi penghargaan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Ini merupakan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pengguna di dalam suasana pasaran perkhidmatan yang lebih bersaing.Abdullah merupakan pengguna perkhidmatan pos terbanyak semasa musim PRU12. Mengikut anggaran firma konsultan Etot Consulting, Abdullah telah menggunakan sekurang-kurangnya 10,096 undi perkhidmatan Pos Malaysia untuk menaikkan lebihan dari 1,150 ke paras lebih ketara 11,246 undi.
Perkhidmatan Pos Malaysia lebih bermakna untuk Khairy. Undi perkhidmatan pos menyelamatkan Khairy dari kalah sebanyak 83 undi untuk menang lebihan undi 5,746 undi. Etot Consulting menganggarkan penggunaan fasiliti undi pos yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 5,829 undi.Menurut jurucakap Pos Malaysia, Cik Jenny Stamp, sebanyak 12,000 dan 6,000 orang anak Kepala Batas dan Rembau menyertai perkhidmatan keselamatan negara. Jumlah anggota askar dan polis negara adalah lebih kurang 180,000 orang.
Pos Malaysia mengalu-alukan sumbangan mereka kepada kemajuan syarikat. Pemenang-pemenang untuk tahun ini amat bermakna kerana perkhidmatan Pos dapat meletakkan wakil di Parlimen dan pucuk kepimpinan negara. Pos Malaysia menganggap mereka lebih merupakan Wakil Pos dari Wakil Rakyat.
Selain mendapat hadiah pertama mesin pencelik mata berkomputer dan sarung tangan menahan batal air sembahyang, Abdullah juga diberi tawaran untuk jawatan posmen sukarelawan apabila bersara. Khairy pula diberi tawaran jawatan posmen untuk Rembau apabila kerjaya politik yang dijangka menunggu masa untuk berakhir. Dia memenangi hadiah sangkar kera dan berok, dan alat solek lelaki, yang termasuk ubat pemutih muka dan clorox mulut.
Upacara penyampaian hadiah masih belum ditetapkan lagi memandangkan kedua-dua pemegang anugerah sedang sibuk bertengkar dengan Raja-Raja Melayu dan menguruskan perpindahan harta karun ke Perth, Australia.
Disamping rakan cemolot mereka yang tidak bertanding, Kalimullah dikatakan telah melarikan diri ke London. Pos Malaysia berharap dapat menawarkan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar salinan dokumen kerajaan dari Abdullah dan Khairy. – Agensi Husin Lempoyang







