Friday, January 16, 2009

mandatori. betul nih





aku mahu letak jawatan sebagai rumate_ultraman.



belajar menjadi dewasa.


sudah. jangan cari aku lagi. aku hanya penghuni 109. jangan tutup tingkap bilik waktu malam. jangan selak langsir waktu siang.betul nih!

aku dah ada Hidemichi Kimura. cukuplah

Tuesday, January 6, 2009

ROMLAH: I’m telling a story...




“Semua orang bercakap tentang Romlah. Sana Romlah, sini Romlah. Tidakkah anda berasa tersisih? Tidakkah anda malu menjadi manusia yang tidak pernah membaca Romlah? Apa kata rakan-rakan anda nanti? Anda mungkin dicemuh masyarakat, dibuang keluarga, dan dihina selama tujuh keturunan kerana itu.

Jadi, tunggu apa lagi? Selamatkan maruah anda sebelum terlambat! Romlah cuma tinggal beberapa naskhah sahaja lagi. Cepat, bayar RM22 ke akaun Maybank 1143 4806 1626 (Faizul Md Aspan) dan isi borang ini. Kami akan pos Romlah kepada anda, dan anda akan hidup bahagia selama-lamanya... disanjung dan dipuja... penuh kemuliaan”.


Berdasarkan statement diatas, biarpun aku tak percaya aku akan disanjung penuh kemuliaan, aku beli jugak. Mana tahu betul. Paling tidak, aku_tidakakan_dicemuh_masyarakat, dibuang_keluarga, dan dihina_selama_tujuh_keturunan.heh


Dari Lorong Kulit ke Balik Pulau, aku ada pengalaman ngeri dengan Romlah.

Saat Romlah bertukar tangan, puan rumah bertanya, “buku apa yang hang beli nih?”


Hah sudah..buku apa yang aku beli nih?

Ingat senang ke nak buat muka innocent di hadapan puan rumah dan tuan rumah [yang agak Islamic]?


Bermula dengan Istinjak-istinjak cinta, aku masih ok. Sihat. Normal dan maintain waras. Tiga puluh minit perjalanan, singgah makan. Pertama kali makan nasi briani.


Terus dengan Oblivion, Romlah 2108 A. D dan Tiada Hadhari, aku dah mula pening. Perut panasss. Betul…aku tak penah makan nasi briani. Mungkin jugak sebab Romlah.


Mungkin sebab Romlah, mungkin sebab nasi briani dan mungkin jugak sebab antibody aku dah menipis.dan mungkin jugak jalan kat balik pulau ni macam cacing main aci nyorok-nyorok.


“Buku apa yang aku beli nih?”


Kalau orang lain mesti dah habis baca 156 muka surat dalam masa sehari. Tapi aku mungkin amik masa dalam seminggu. Mungkin jugak dua minggu. Mungkin sebab Romlah...


Kalau kita lihat cik kuning sebagai seekor anak beruang yang comel, cik kuning akan kelihatan comel walaupun nanti dia dah bertukar warna. dan pada aku Romlah berunsur kelucahan yang sampai tahap aku terfikir, "Kenapa-lah tak ada siapa yang bagitahu aku pasal nih?".


mungkin aku jahil sebab hanya faham apa yang tertulis, dan buat-buat faham apa yang 'ada' antara yang ditulis. Romlah is Romlah. dan mungkin juga aku tak faham apa_itu_seni.


Dan lagi, aku memang sedia ada tak suka hamid albar sejak dia datang sekolah aku enam tahun lepas dan biarpun dia bakal jadik bapak mertuaku nanti. berhentilah buat statement bengong .


kata ah cheng, lembu kalau kita bawak pegi Beijing, turun flight pun dia tetap lembu jugak.