Thursday, January 31, 2008

aku dan newsletter 2

aduh.................somebody help me!!
camne nak buat newsletter neh kalo xda maklumat. nak tulis pe. aku dah ngantuk dah ni.
asal email kat aku x sampai2 pun. che mat ni silap tulis email adds aku ke??

tolong la.....nak buat 8 pages n deadline kol 3 petang. bleh bertambah kerabunan aku kalo dok mengadap depan skrin jerr...

tapi aku tau......cabaran mcm nilah yang akan buatkan aku bersedia untuk dunia kerjaya nanti. sabar jerr la.....jap g sampai la kot email tu. dia silap jalan kot tadi.
hmmm...akulah itu dan akulah ini..

aku dan newsletter..


hmmm...siap pun aku makeover newsletter BHEPP. dalam banyak2, aku suka kombinasi kaler yang aku pilih. purple n white. cantik. (bukan selalu nk puji dr sendr..hoho) tapi banyak plak masalahnya....margin la, font aku guna xda dlm cpu kt BK la, kena g print xplantion dia kat tempat len la..mcm2. letih jugak la... n yg paling xtahan, aku siap ponteng 2 kelas lg petang kelmarin. atau dalam ayat yang mudah faham, 1 kelas pun aku xg.

tapi...aku tetap berjaya makeover-kan newsletter 2. dah anta pun. skang dah settle 1 benda. alhamdullih.. satu lagi benda yang menanti.........................haha... xcitednya....

tadi ms dlm kelas rama call aku. dengan suara yg dicover, aku jwb call dia. fuh!! mujur dr. adnan x dgr. dia tanya aku, nak x buat newsletter untuk debat integriti. dia nak 3 orang. aku pun.............apa lagi. pucuk dicita ulam menjulang2. sapa xnak beb!! yang aku buat 2 baru makeover newsletter orang, ni aku buat newsletter kat usm sempena debat integriti. argggg....xsabonye.

tap tu lah kan, aku ni baru belajar, tau la sikit2.harap2 bila aku join benda ni, lagi bertambah la ilmu buat newsletter n bleh la kongsi ngan kawan2. kalo kita nak buat newsletter yang bagus, kena pertimbangkan jugak elemen2 yang da dalam design. kombinasi kaler kena ngam. ketidak 6t jd mcm warna belacan!!

erm...tapi, syaratnya.....kena la stay kat usm 1-5 feb ni. makanan di sediakan. rama cakap bahan dah ada cuma nak kena interview 2 3 org lagi jer... n lg 1 kena buat 2 keluaran. petang ni plak aku da meeting ngan che' mat. kat tingkat 6. haha...yg aku g ari 2 tingkat 5 n masuk ikut pintu blakang plak tu...ntah apa2.

arghhuuumn...ngantuk. i ned to slep now.
akulah itu dan akulah ini. 6t aku balik meeting aku sambung balik..sayonara!!

Tuesday, January 29, 2008

orang minyak yang tak handsome..


orang minyak mengganas??...huh! zaman2 camni pun orang masih nak amalkan benda2 yang langsung tak membawa kepada kemajuan diri sendiri n anak bangsa. aku heran la...asal orang melayu ni tak da benda lain nak buat. memalukan aku sebagai orang melayu.

dalam kes ni...aku assume orang minyak ni orang melayu la coz dari dulu2 lagi lelaki melayu yang mengganut ilmu tak guna mcm2 neh. dari cerita2 lama pun, lelaki melayu yang mendominasi perbuatan yang merosakkan anak bangsa sendiri. n kalo ada cerita2 atau filem2 pun, cerita tu mesti paling kurang, da gak nama melayu.

hmm..lagi 1, xpenah plak aku dengar orang cina or india yang jadi orang minyak, orang sabun atau orang2. dan xpernah plak aku dengar orang minyak versi mandrin or tamil. versi melayu banyak la.

lg 1, orang minyak ni mesti xhansem. sb tu la dia terpaksa jadi orang minyak. ke dia da motif len?? ntah. lagi satu benda yang menghairankan aku, asal orang minyak ni xmasuk universiti jerr... kan? ye la..dari dia mengganut ilmu yang bukan2.

cte sal orang minyak ni, aku sakit hati betul!! tahap menyampah. sbnya isu ni dah takutkan hampir semua student perempuan. kesannya kena gak la kat aku. tu yg menyampah tu. mulanya aku sebolehnya xmo caya ngan benda2 camni. tapi lepas 1, 1 kes yang berlaku. xcaya jap g....orang minyak tu mai cari aku plak. heheh...retorik semata-mata!!

bila kes orang minyak ni makin famous, banyak yang dah berubah...antaranya:-
1. kalo dulu kol 3 pagi aku xda masalah nak g toilet sorang2. tapi malam tadi aku g toilet kol 12.30 n gesok gigi ala kadar jerr.. n masa kuar dari toilet n nak masuk bilik tu, aku siap bleh lari lagi. malu aku kat diri sendiri. ni sume orang minyak yang xhensem ni punya pasal. kalo dpt tangkap 6t, nak jer aku sekeh kepala dia!!

2. da jugak aku dgr cte yang budak2 dari hostel len yang dah balik kampung. espcially chinise girl. walhal sem brake xstart lagi.

3. malam masa nak tido tu, da gak aku dengar budak2 flour bawah yang rapatkan katil n tido ramai2. takut sangat kerr?? xguna betul orang minyak ni.

4. masa aku bangun subuh tadi, da gak aku nampak bilik yang xtutup lampu masa diorang tido. da jgk yang bukak lampu study jerr.. hmm...senang nak kenalpasti sapa sebenarnya orang minyak tu 6t kot.

5. masa aku bangun subuh tadi gak, aku da dengar orang baca surah yassin (rakaman) dr dlm bilik budak2 depan bilik aku ni. takut benar nampak coz sebelum ni xplak pasang surah2 camtu. hmmm...penangan orang minyak..

6. tadi, lepas isyak. aku nampak budak flour aku bawak bantal g bilik kawan dia. fuh!! sesuatu yg xpernah berlaku sebelum ni.. hebat betul orang minyak ni.

erm...memandangkan isu orang minyak ni tengah hangat kat tempat aku, terpikir jugak aku nak g interview dia. kebetulan plak aku da xsgmnt penulisan rencana. kena buat rencana profail. masa tengah2 dok pk nak cari sapa calon yg sesuai aku nak interview, teringat jugak aku kat orang minyak ni. kalo la bleh aku interview dia.....n dia bagi aku tulis profail sal dia, kan best.

wahai orang minyak, sebenar-benarnya...aku sangat menyampah ngan keadaan ni. boring. xsuka. nak termuntah bila dgr da orang cakap sal ko, sakit telinga, sakit hati, dan semua yg berkaitan ngan rasa jengkel aku kat ko.

how can i say.......................................orang minyak ni mmg buatkan aku rs mual, jelik n geli 1 badan. xbertamadun langsung!! err...emo plak heheh..
yup! woi orang minyak, cepat berambus dari sini!! jgn tunjuk muka ko kat aku. ketidak....tahu la ko 6t. (takut jgk sebenarnya huhu)............hmm..akulah itu dan akulah ini.

Monday, January 28, 2008

aku ada kerna kau ada..


argh........minggu ini adalah minggu paling tension aku dalam sem ni. erm...mungkin aku yang tak "kuat" kot sb tulah benda kecik camni pun dah rasa tension.

bermula minggu lepas..da latihan debat. dah dekat sgt dgn hari pertandingan ni...tp persiapan baru 30%. pada aku la sbg pengurus, banyakbenda lagi yang tak buat. 21 feb ni dah nak bertanding n minggu depan dah cuti. seminggu plak tu. bermulanya tension episod pertama. ya Allah...permudahkanlah segala urusanku..

minggu lepas jugak aku da destop indesign xsgmnt. tak abis lagi ni... 31 dah nak kena anto. camne nak bt bg gambo tu transparent n bleh da text atas dia. kalo publisher tu tau la. arghhhhh!! lagi satu, camne nak bagi nama vc dok kat bawah gambo dia.... tak leh letak la... dia xnampak. aku taya ckg baha pun dia xtau. anas tak tau, rizal xtau, alif tak tau, serina xtau......sapa yang tau?? tolong................... inilah tension episod kedua.

presentation lsp 403 plak. dah da idea...tapi nak elaborate plak xtau camne. ilham tak datang. 4 hari aku dok pk camne nak cte pun xtau. walhal presentation tu aku pilih tajuk yang senang jerr.... tension episod ketiga.
jumaat, sabtu n ahad lepas da kem ngan budak2 form6 dari sek2 area seberang. kem best tapi agak letih. biasa la...nama pun kem! yang tak tahannya...aku da presentation.................n preparation aku baru 25%. gila!! bleh gila aku camni. pincang gerak langkah...mana xnya, jasad da kat kem tapi hati tengah rusing sal presentation. aku nyaris kena present tadi. fuh!! so, tomorro are my turn. the flour is mine! fully prepare wannorhaspalela. u can do it!! trust yourself! kejayaan milik orang yang berusaha. tapi tetap rasa gak tension n inilah episod keempat ke-tensionn-an aku.

malam sabtu ari tu, aku sembang2 ngan abg azmil. dia da gtau yg mungkin dia kana g praktikal sem 2 sidang depan. alamak! camne ngan debat. dia kat xpa..bob da. tapi bleh ka?? cakap sal itu, sembang sal ini.. nak decide sapa yang nak jd wakil lagi, lemah dalam bukak konsep, format baru, da ura-ura dbt start 14 feb n macam2 lagi. gulp!! tambah lagi satu benda dlm senarai ke-tension-an aku. dan itulah episod yang kelima untuk slot tension ni.

semalam, da pesta pantun (PADU). BAKTI layak ke peringkat akhir. selain berminat, aku pergi sb dirasakan perlu walaupun letih. kat sana...., kadar ketensionan aku bertambah. mana xnya, team pantun berjaya rampas kembali piala 7 tahun berturut2. debat camna plak?? bila pk2 sal ni, nilah cabaran buat aku. aku bukan pemimpin n tak layak jadi pemimpin. camne la aku bleh terima jawatan pengurus ni. masa aku sembang2 ngan abg azmil malam tu, dia cakap masa zaman kak leeza dulu...ramai yang join debat. sampaikan orang bleh debat yang jadi pengurus. i got it! erm...saya dah usahakan n kerahkan 170% dari usaha saya untuk debat abg azmil.. tapi kalo tu belum cukup, itu kekurangan saya. ya Allah...aku xkuat utk ini..!!

amin, tahniah. aku jealous ngan ko. dalam satu ari...ko berjaya cipta dua kejayaan yang berbeza. berjaya sebagai pengarah projek n berjaya sebagai pengurus pasukan pantun. -sila beri tunjuk ajar!! sebenarnya, malam pesta pantun tu...aku da 2 sb kanapa aku balik awal.
1st. sb aku kena balik sorang.
2nd. aku tau bakti mesti menang. kalo aku tunggu, mulanya mesti seronok. tapi, semua da kat situ malam tu. pantun dah menang, debat camna? entahla....aku xleh berenti pk sal debat. please............................................................................................................help me!! -tension episod keenam.

tulah senarai2 benda yang membuatkan tahap ketensionan aku berepisod!! hmmm....mungkin aku yang terlalu pk sgt kot sal debat coz selain study, debat jatuh nom 2 dalam senarai benda2 terpenting dalam hidup aku di kampus ni.

amin, alif, korang amik la benda alah ni sidang depan.
@#$!%^&^$*()*^%$#@!....how can i say....akulah itu n akulah ini.

Thursday, January 24, 2008

rumate..0o0o..rumate


ermmmm....rumate..rumate. sebenarnya, rumate aku lah pelawat setia blog aku neh. walaupun xda benda pun dlm ni...tapi dia tetap klik jgk kat blog aku yang satu ni.
tapi........dia selalu masuk xbagi salam. nak kuar pun xcakap paper.. xpatut kan?? weh rumate!! 6t kalo "datang" lagi tinggalkan komen tau. jgn lupa. kalo x malam esok tido kat luar..heheh..
hmm...kebetulan dah cite sal rumate aku ni...aku teruskanlah bercerita sal dia bleh?? yup. thanks. huh! rumate aku ni kan....dia suka bercakap. xhairanlah sb dia mmg budak komunikasi... tapi, yang tak tahannya...time dia tido jerr baru dia berenti bercakap. nak makan ke, dlm kelas ke, nak g kedai ke, tgk cte ke, bt xsgmnt ke....mulut tu asyik berbunyi jerr. kadang-kadang letih jugak dengar dia cakap. hmm.. how can i say... tis is my rumate! sabo jer la untuk 2-3 bulan lagi. heheh..
pada rumate kesayanganku yang boleh jadi tengah baca luahan hati ini...hoho..selamat menahan kerenahku untuk beberapa bulan lagi k..arigatho!! -watashi, rumate ultraman.

Sunday, January 20, 2008

siapa sebenarnya yang bermasalah..?


erm...ntah la...aku pun tak tau siapa yang lebih bermasalah kalo xleh print assignment...student ker tauke kedai? rasanya student kot.. tapi si tauke2 kedai comp seluruh malaya ni tak kesian ke kat student2 neh...xsgnment nak kena anto n tetiba jer tak leh print plak..sedih o0o0..
aku da beberapa peristiwa yang boleh dikongsi bersama..


1. ari tu..aku buat resume..bila dah siap nak g la print..disebabkan dah malam...aku g print kat area desa aku jer la..n tetiba bila masuk tumbdrive kat comp tuan punya printer tu...sekali resume aku xleh baca la plak.

hah!! sok dah nak kena anto neh..camne ni.... cuba la buka dr sofrware len.. pun xleh gak. aku dah gelabah dah neh...aduh.. n bila dikenalpasti..masalahnya disebabkan aku pakai 'vista' n tuan punya printer tu pakai 'xp'.. nak x nak aku pun balik la pinjam laptop rumate aku n buat balik resume aku dr A-Z. 3 pagi baru tido!

tahap ke-hampeh-an aku makin menjadi bila aku g print kat tempat len...comp dia bleh plak baca resume aku dr 'vista'. huh!! penat jer buat balik resume tu.. ermm..akukah yang bersalah atau teknologi yang bangang!?

2. kawan aku, ah cheng (bdk PR) kena wat add utk promote dr sendiri..dh siap dah add dia. tinggal nak print jer lagi. tapi dia guna software print artist. aku pun xtau sapa yang xberteknologi dalam kes ni. nak dijadikan cerita...aku, rumate aku (bdk PR jgk) n ah cheng g la print tempat aku print resume aku ari tu.. n tetiba comp kat situ xleh baca plak xsgnment dia..fuh!! bleh gila camni!

aku dapat lihat riak kerisauan di wajah ah cheng...haha.."saya pun penah kena la ah cheng"!! ermm..tapi pandai plak budak ah cheng ni cover bagi xnmpak sgt yang dia tension. kami pun jelajah la satu sg dua tu g cari kedai yang bleh print add dia neh...turun naik, turun naik x jumpa jgk.. so kami pun decide g makan dulu pastu baru pk balik nak bt camna.

n bila dah abis ikhtiar...kami pun (pilihan terakhir) g bilik cikgu sal (bakal cikgu sebenarnya,senior) pastu install driver printer kak sal dlm laptop ah cheng n terus print...
begitulah ceritanya..

ternyata teknologi "mem-bangang-kan" kan??
hmm.. dalam hal ni, aku rasa la..(setelah majlis student2 yang kena print xsgnmnt kat kedai memutuskan) kalo si tauke2 kedai comp ni da semua software yang da dalam pasaran kan senang. xpayah la student2 nak tension2 kalo da masalah nak print xsgnmnt. kan student2 semua??
n kalo benda camtu menjadi realiti...mesti tauke2 kedai tu bleh kaya. eh....bleh kaya ker?? ah lantak la...asal aku xada masalah nak print xsngmnt.

err..xda idea sebenarnya.. (",).. ok..begitulah aku dan beginilah aku.

o0o0..patut la..


hhmm...skang baru aku sedar kenapa aku terlalu "sukakan" seseorang. terutamanya yang telah memberitahu aku sesuatu yang aku xtau malah "menyedarkan" n "membangunkan" aku.
biasanya proses ni berlaku secara terus ant aku n orang2 itu. ia berlaku bila aku dengar, yakin n cerap. terus terang...aku susah nak "sukakan" seseorang...karapkali aku menilai dulu apa yang dia cakap . itu aku n ini aku.....!!
ermmm..biasanya orang2 yang aku "suka" ialah cikgu2 aku. orang yang aku yakin dengan apa yang dia katakan. contohnya macam ckg hamid, ckg izrie, sir robiin, mr. neoh, dr. sms, n dr tuah.. hmmm..kadang2 aku terfikir jugak...mungkin aku ego n mungkin juga aku da "sesuatu" sebab tu lah aku hanya dengar n cerap amanat2 orang yang aku rasa aku bleh dengar saja. (puji-pujian selayaknya hanya untuk ALLAH..)
kenapa mereka?? hmm..sb mereka tunjukkan aku "sesuatu". tapi aku tetap x abaikan pandangan2 lain..
satu lagi sikap aku yang aku xleh ubah...aku xpandai berpura2..cuma kadang2 da jgk rasa mcm hipokrit... aku jgk manusia biasa..dalam 1ari..mungkin lbh byk dosa yang aku masukkan dlm "akaun" aku berbanding pahala..
apa yang da dlm hati aku..akan terpapar melalui riak wajah aku..
hhmmm...how can i say...akulah itu dan akulah ini!!

Friday, January 18, 2008

kabur, kelam kabut dan merisaukan??

hhmmm...memang benar..rakyat mula mempersoalkan hak mereka. sama macam aku...kadang2 aku terpikir jugak nak baca dan teliti perlembagaan persekutuan dan akta2 tentang "kebebasan". sebelum ni aku hanya mendengar ideologi sesetengah pihak tentang apa itu kebebasan dan hak dalam negara demokrasi ni. hah....demokrasi cara Malaysia!! Malaysia negara demokrasi ke? rasa macam x jerr.

Malaysia sekarang kelam kabut kan?? ekonomi x stabil, sosial x stabil...politik lagi la x stabil!! kerajaan BN sekarang dah goyah. entahlah..macam2 kerenah pemimpin sekarang kan? pemimpin ke?? kerajaan n pembangkang sama ja.. yang dah dapat "kuasa" buat apa yang dia suka. yang tak dapat lagi cari jalan nak dapatkan "kuasa" dengan dedahkan kepincangan pihak yang "berkuasa". tapi kalo xda sapa yang dedahkan kepincangan...rakyat xtau jugak. tapi yang berusaha nak dapatkan "kuasa" ni boleh ke memimpin dan xkan ulang atau cipta kepincangan yang lain plak. jangan nanti kalo naik sama je.
pemerintahan hari ni plak...mengjengkelkan!! contohnya... Johari Ismail buat laporan polis terhadap PAK LAH.

{secara jenayah, mengarahkan dikecuali (expunge) tiga muka surat minit mesyuarat yang telah direkod pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO 28 Ogos 2006;Memandangkan tiga muka surat minit mesyuarat yang didakwa dilenyapkan atas arahan Presiden UMNO Ke 6 itu kononnya mengandungi arahan supaya digagalkan usaha oleh mantan Presiden UMNO Ke 5, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agong Tahunan UMNO 2006,}-http://www.ladang.net.my

how can i say....politik memang mengjengkelkan!! hhmmm...nak kuar mengundi ke x ha?? @#$%^^&**(+%&$#@!!..akulah itu dan akulah ini..

Sunday, January 13, 2008

jangan biarkan sejarah berulang


tolonglah....jangan biarkan sejarah yang berlaku kepada arwah adik Nurin berulang. dan kini mangsanya pula adik sharlinie, 5. sampai bila kes-kes sebegini akan terus berlaku. mereka hanya anak kecil. jangan rampas zaman kanak2 mereka. jangan musnahkan masa depan mereka. jangan sekat tumbesaran mereka dengan penderaan mental, fizikal n emosi. anak kecil itu tak tahu apa2.
ayuhlah kita bantu setakat yang kita boleh. berusahalah, usahakan sedaya yang boleh...jangan berputus asa.

aku tahu perasaan itu. aku juga ada anak saudara perempuan yang berusia 5 tahun. how can i say... bila aku baca berita kehilangan adik sharlinie rabu lalu...tetiba aku teringat akan anak saudara aku.. ya. aku tak boleh maafkan orang yang sanggup menculik kanak2 kecil tu.. mcm mana aku xnak perkara ni berlaku pada anak saudara aku..mcm tu lah aku xnak perkara yang sama berlaku kepada sesiapa pun.. biarlah kanak2 itu membesar dan melalui usia remaja mereka seperti orang lain. dewasa seperti orang lain, tua dan mati seperti orang lain.

anggaplah percarian adik sharlini ni sabagai jihad kita untuk selamatkan saudara seagama. semoga adik sharlinie ditemui dlm keadaan selamat. amin..

wahai rakyat Malaysia..jangan lagi berputus asa. jangan kita gali lubang kubur adik sharlinie lagi sebelum kita berusaha mencari. ambil pengajaran dari apa yang berlaku di negara jiran kita..Indonesia.

pihak polis dan tentera negara itu sedang membuat persiapan menyediakan "makam" bekas presiden mereka..Suharto. orang tua itu masih lagi bernafas dan jasanya masih berbekas..malah hanya beberapa organnya sahaja yang gagal berfungsi dan beliau masih berada di hospital...wajarkah tindakan mereka itu?? malah, wartawan di Solo diberi kad pengenalan media yang bertulis “Akhbar - Pengebumian Jeneral Besar (Bersara) H.M. Soeharto.”

hhmmm...how can i say.....

Saturday, January 12, 2008

aku dan mi segera


sejak buka semester ari tu, baru 6 kali aku makan nasi. hari2 lain...yang menjadi santapan aku xda lain mi segera, roti. mi segera, roti. sabarlh perut, 6t aku kaya kita makan sedap2 n yang berkhasiat je k. tapi kalo jadi wartawan 6t kena makan mi segera gak camna??

huhu...memang aku makan benda2 yang tak berkhasiat...dah lama aku xmakan buah..huhu..sedih gak la. pernah sehari tu, bila aku nak tido perut aku berbunyi-bunyi. pastu barulah aku teringat..aku makan 3keping roti cap gardenia yang rumate aku beli je hari tu. disebabkan dah lewat malam n aku da kelas awal pagi esoknya..aku buat pekak je la dengar perut aku nyanyi. hmmm..kan lagi "sihat" kalo aku puasa je ari tu..

huhu...sampai camtu skali..ni semua xada lain sebab aku beli laptop. aku berhutang rm1000 lagi ngan abang aku. yang paling sadis...aku makan mi segera sb nak simpan duit untuk praktikal 6t sama.
aku tau walaupun duit yang ada hanya 2 3 ringgit je lagi...tapi aku ada tabung..(eh, mana aku letak tabung tu ha?) tapi tabung tu pendek jer...dah tu aku letak duit syiling plak. kalo la aku bangun pagi sok tetiba tabung tu jadi beso n tinggi n semua duit dalam tu tukar jadi duit kertas pelbagai warna..uihh...mesti best. tapi benda cmtu xpernah berlaku pun waima dalam mimpi aku..

keperitan hari ini untuk kesejahteraan masa depan...alhamdulillah...walaupun mi segera
yang aku makan...ia tetap rezeki dari Allah. dan aku masih lagi diberi kesempatan untuk bertebaran di bumi-Nya. akulah itu dan akulah ini.

Thursday, January 10, 2008

simtom kuat tidur


hmmmmm...biasanya kita akan tidur lewat dan bangun lewat pada hari2 cuti... tapi kalo hari tak cuti pun kita bangun lewat jugak macam mana?? itulah namanya simtom kuat tido!!

secara purata kita perlukan 7-8 jam untuk tidur. tapi kalo dah melarat sampai 12-13 jam..... tu dah kes berat tu..

biasanya orang yang kuat tido ni ada beberapa kemungkinan...
1. dah 48 jam dia tak tido.
2. dia memang tak da keja nak buat hari tu.
3. dia memang tak nak buat apa2 hari tu.
4. dia memang pemalas!! sorry to say..

hari ini 1 muharam 1429H... selain murahkan senyuman, azam aku...nak kurangkan tidur.
banyak tidur....banyaklah benda yang kita tak sempat buat. semua orang ada 24 jam...sesungguhnya aku dalam kerugian kalau dalam 24 jam tu aku hanya guna 2-3 jam sahaja untuk buat benda2 yang bermanfaat.

kawan baik aku pernah ajar aku bagaiamna nak menambahkan kualiti hidup. thanks my beloved friends...nur syuhadah zainol.
aku ada segalanyan untuk membolehkan aku "berjaya".
hmmm...aku itu dan aku ini.

Wednesday, January 9, 2008

hari itu hari sabtu


5 januari 2008. hampir sebahagian budak-budak USM bangun awal. selalunya ari sabtu lah peluang sesekali nak bangun lambat tapi ari ni lain...

hari itu hari sabtu dan hari budak2 usm mengukir detik manis bersama angkasawan kita.
angkasawan........orang rusia panggil cosmonaut. orang china panggil taikonaut dan yang paling penting.......orang Malaysia panggil angkasawan.

isu pelancong angkasa?? ia sekadar propaganda. biarlah apa orang nak kata... kita tahu siapa kita. kita tahu keupayaan kita. kita tahu dari mana kita patut bermula... pelangcong angkasa adalah 'title' yang orang luar bagi..tapi apa 'title' kita pada angkasawan yang kita hantar mewakili Malaysia? ANGKASAWAN MALAYSIA.

betul kata dr. sms hari tu.... dia tak kisah apa yang orang lain cakap asalkan dia adlah angkasawan yang diiktiraf oleh rakyat Malaysia.

pada budak2 usm.....harap2 korang datang bukan nak tengok dr.sms tapi nak tengok, dengar dan cerap apa yang dikatakan oleh angkasawan kita. kepada bakal2 cikgu yang ada dlm DTSP hari tu...msg yang VC DAN DR.SMS cakap tu mmg terang dan jelas...moga anda terang dan jelas juga mengenainya.

hari itu hari sabtu....dia datang sebagai angkasawan kita dan bukan sebagai dr.sms. mengasyikkan??.......
tidur memang membuang masa. sama mcm aku....kalo bangun lambat mesti rasa menyesal sebab byk benda yang aku tak sempat buat kemudiannya....
hmmm....aku begitu dan aku juga begini..

Tuesday, January 8, 2008

windows of emotion.






fotography is windows of emotion?? yesssss

Monday, January 7, 2008

dah la berat....beso plak tu.


ish..ish..ish.... tiap kali nak kuar, masalah aku xda lain ngan handset aku. dah la berat,beso plak tu. tapi itu lah handset yang aku beli ngan duit aku sendiri. bila dapat tau yang aku bleh masuk usm baru la aku beli. kalo x.....mungkin sekarang pun belum ada lagi handset.

dulu masa form 6, aku rasa handset satu kemewahan pada aku. tapi sekarang ia jadi satu keperluan.

tu la....berat dan beso. kadang-kadang aku rasa nak bawak simcard je kalo g memana pun. senang sikit. ringan dan nipis.
member-member suruh beli lain....hmmm. mungkin tak kot.

bukan selesa tapi ia bukan keperluan terpenting aku.
yup. aku itu dan aku ini.