Sunday, January 13, 2008

jangan biarkan sejarah berulang


tolonglah....jangan biarkan sejarah yang berlaku kepada arwah adik Nurin berulang. dan kini mangsanya pula adik sharlinie, 5. sampai bila kes-kes sebegini akan terus berlaku. mereka hanya anak kecil. jangan rampas zaman kanak2 mereka. jangan musnahkan masa depan mereka. jangan sekat tumbesaran mereka dengan penderaan mental, fizikal n emosi. anak kecil itu tak tahu apa2.
ayuhlah kita bantu setakat yang kita boleh. berusahalah, usahakan sedaya yang boleh...jangan berputus asa.

aku tahu perasaan itu. aku juga ada anak saudara perempuan yang berusia 5 tahun. how can i say... bila aku baca berita kehilangan adik sharlinie rabu lalu...tetiba aku teringat akan anak saudara aku.. ya. aku tak boleh maafkan orang yang sanggup menculik kanak2 kecil tu.. mcm mana aku xnak perkara ni berlaku pada anak saudara aku..mcm tu lah aku xnak perkara yang sama berlaku kepada sesiapa pun.. biarlah kanak2 itu membesar dan melalui usia remaja mereka seperti orang lain. dewasa seperti orang lain, tua dan mati seperti orang lain.

anggaplah percarian adik sharlini ni sabagai jihad kita untuk selamatkan saudara seagama. semoga adik sharlinie ditemui dlm keadaan selamat. amin..

wahai rakyat Malaysia..jangan lagi berputus asa. jangan kita gali lubang kubur adik sharlinie lagi sebelum kita berusaha mencari. ambil pengajaran dari apa yang berlaku di negara jiran kita..Indonesia.

pihak polis dan tentera negara itu sedang membuat persiapan menyediakan "makam" bekas presiden mereka..Suharto. orang tua itu masih lagi bernafas dan jasanya masih berbekas..malah hanya beberapa organnya sahaja yang gagal berfungsi dan beliau masih berada di hospital...wajarkah tindakan mereka itu?? malah, wartawan di Solo diberi kad pengenalan media yang bertulis “Akhbar - Pengebumian Jeneral Besar (Bersara) H.M. Soeharto.”

hhmmm...how can i say.....

No comments: