Tuesday, March 24, 2009

memang tak ada di pasaran. tak payah cari!

gambar lain di sini.
sini pun ada jugakk.

Friday, March 20, 2009

Thursday, March 19, 2009

bila semua ketua jabatan, penolong pentaftar dan pengarah segala jenis pusat -bawak berita kampus semasa bermesyuarat dengan naib canselor...

atau tajuk entri ditulis -apa dekan buat dalam kelas J pagi-pagi macam ni?. atau tulis macam ni -kenapa pengarah pusat sejahtera dipanggil VC? atau tulis macam ni -failure is not an option

perkaitan yang tiada kesinambungan.

...kamu patut ada dalam lab semasa post moterm berita kampus 11. *


dan aku tak rasa naib canselor akan hentikan penerbitan BK semester depan.

* terlalu panjang untuk diceritakan

Tuesday, March 17, 2009

penantian najib, penantian yang seorang lagi

***

teruskan melobi hati!

Monday, March 16, 2009

antara Liverpool dan Manchester United ada chafizomie FC

aku suka nombor 7.

dulu.
boleh kenal David Beckham pun sebab dia pakai jersi nombor 7. lepas tu baru kenal Manchester United. ingatkan nama inggeris bagi pokok serai. heh. ye la...aku mana tau sangat pasal nama-nama saintifik bagi spesis terpelihara flora dan fauna nih.

lepas tu kegilaan pada nombor 7 menjadi-jadi bila sedar yang Beckham agak kacak [dulu]. kalau tak, aku masih ingat Manchester United tu nama inggeris bagi pokok serai.haih

dulu.
Beckham=MU
dari situ baru mula mesra-mesra ngan manusia-manusia sepak bola nih. sebab Beckham. beberapa ketika lepas tu, kenal pulak ngan Miroslav Klose. dia pakai jersi nombor 11 kan?

Klose=kacak.
serius kacak!
sangat kacak di tengah padang.

dulu dan sekarang
Liverpool=tak kurang hebat dengan sejarah purbakala.
sebab aku tak tahu apa-apa.
kosong!
tiada apa-apa untuk diceritakan. terima kasih.

jangan emo kalau aku tak memihak kepada mana-mana 'kesayanganku'. padan la, liga perdana ngan liga Malaysia pun aku tak tau apa-apa. satu nama je aku kenal-Akmal Rizal. itu pun sebab adik tersayang asyik sebut nama dia. sampai aku bosan.

begitulah serba sedikit pasal chafizomie FC...

Wednesday, March 11, 2009

aku hanya setuju pada baris paling akhir dalam entri ini


dulu.

ada satu majalah. i-sihat namanya. tapi sekarang dah hentikan penerbitan. tidak diketahui kenapa.


dulu juga.

nyaris-nyaris nak namakan majalah kumpulan gadis-gadis chantekk itu i-sihat. tapi mujur saja editor majalah tu-merangkap gadis paling chomell, sedar sudah ada majalah yang namanya i-sihat.


jadinya.

puas dicari nama lain untuk majalah super berkhasiat yang paling bermanfaat itu. macam-macam nama yang pelik-pelik. hinggakan, akhirnya semua gadis itu mengambil keputusan untuk tidak memikirkan dahulu nama majalah yang sedang diceritakan ini.


kini.

gadis-gadis itu telah temui satu nama. nama yang membuatkan pensyarah gadis-gadis itu tersenyum.dan gadis-gadis chantekk itu benar-banar maksudkannya.


i-sihat vs u-sihat.


***

Magazine Layout homestyle:

U-SIHAT

Article front : Arial Narrow

Front size : 8.5

Spacing : Auto spacing

Colour: ikut sukahati anda,haha,jgn terlalu colourful

Column : min 2@max 3

Small title in article : 10, bold

Headline design : ikut suka hati anda

Caption : 8.5, bold, colour

Foto : bukan setiap foto mesti letak caption, ada yang tidak perlu tulis caption

Iklan : ikut design anda

Ayat yang crop dari article : 12, bold, colour-kerabu

Perkataan pertama dalam satu article (bukan huruf pertama) : 12, bold, colour

Tab setiap perenggan (first line left indent) : 0.5

Justify : with last line alignet left

*front page design = ikut suka hati pengatur letak,rekaan tajuk magazine=u-sihat pun ikut

suka hati anda,haha

*back page = iklan

*setiap orang mesti buat 10 muka surat layout dan 2 muka surat iklan layout

*sila hantar layout softcopy kpd kean lee atau licin sebelum pkl 12tgh, 16 mac 2009

*tiada sebarang sebab yang boleh lewat hantar..tidak menerima sebarang surat cuti, surat sakit, surat perkahwinan atau surat bersalin..hahaha..hahaa..

ALL D GirL…GooD LucK ya..

Lets do d best….after dat go to celebrate..haha

Monday, March 9, 2009

entri secaWAN vico sebelum tulis pasal lelaki kacak. eh silap..pasal mi segera

sebelum terlupa...

Jee kena tulis surat tunjuk sebab pertama sepanjang tiga tahun di sini. [aku rasa baru yang pertama]. heh..belum boleh tandingi aku yang dah lima kali menaip guna alasan yang sama.

kepada Jee: jangan malu-malu kalau perlukan bantuan. pemilihan perkataan kena tepat. biar tuan haji harun terharu sampai nangis-nangis..sama macam awak menangis sebab terharu bila saya kejutkan awak bangun sahur dulu-dulu. heh.

Adwave.
ultraman mempertikaikan tindakan aku yang gi closing event dia lima minit jer. tak support rumate katanya..

betul tak sedar diri ultraman nih. kepala terhantuk perut CK ke? [hehe...gelak suci]

ultraman terlupa ke aku dah gi main puzzle maxis walaupun CK yang handle game tu? dah lupa ke dia yang paksa aku vote untuk short video competition? dah lupa ke dia yang berkomplot ngan aku tuk kuiz penang heritage? dia dah lupa ke aku yang betulkan board iklan yang senget kat foyer DTSP tuh? dia lupa ke dia heret sapa gi DTSP pukul tiga pagi?

mekasih tuk goodiesbag sloggi.

Sloggi.
kalau kat kampung, dengan selambanya boleh bawak paperbag biru muda yang tertulis 'sloggi' ke tempat-tempat awam. sebab mengandaikan pakcik-pakcik tak tahu nate gapo sloggi tuh [baca dengan loghat kelate. hehe camne, da peningkatan tak skill kawe ultraman?]

perlu cukup berani kalau nak buat kat sini. tak ada masalah pun kalau nak buat..terutamanya jika kamu lelaki kacak. tapi kalau betul nak buat, bagitahu aku dulu!

eh...dah habis vico aku?