Tuesday, December 30, 2008

sesuatu yang menjadi milik ultraman.betul

Sunday, December 28, 2008

pasal bulan dan tahun


selamat datang muharam. juga 2009

azam?
mengelak untuk jadi munafik. berjanji untuk tidak berjanji.

Tuesday, December 23, 2008

sesedap oren

baru lepas mandi hujan. best.

jee dah tidur. tak dapat jeleskan dia malam ni.

ultraman tak mandi lagi.terus bukak laptop. orang ni pun. demam baru tau.

err...dah mula rasa sakit kepala.

tak boleh. kalau demam camne nak ikut tuan rumah dan puan rumah balik kelantan. balik? pergi lebih sesuai.

bawak cik kuning pegi kelantan.

dan mungkin tak jadi tengok matahari pagi awal muharam. tak boleh keluar petang balik pagi. tiga tahun lepas kelantan membosankan. tapi seronok...air perigi sejukk.

matahari pagi awal muharam atau kelantan?

malas mandi.biar demam.

lepas terlepas dan melepaskan



Sekarang, ada perkara yang perlu dipertimbangkan semula.


Kalau dulu aku gelakan Jee sebab ambil kursus seni memasak yang macam tak ada kursus lain. Orang ambil la kursus seni gaduh ke, seni cari pasal ke, seni karang-mengarang ke..tapi sekarang perlu fikirkan balik sebab...


Kalau dulu aku boleh buat pekak bila puan rumah bising-bising pasal camne nak siang ikan bila pegi ‘rumah orang’, camne nak potong sayur, camne nak potong daging, camne nak itu, camne nak ini..tapi sekarang patut-patut dah ada teknik siang ikan standart sebab...


Kalau dulu aku gelakan yani sebab dalam banyak-banyak kursus, dia amik munakahat. Tapi sekarang perlu fikirkan balik sebab…semester ni aku pulak yang nak amik munakahat


Kalau dulu aku gelakan vega sebab dah ambil kursus kahwin waktu tahun satu dulu, sekarang perlu fikirkan balik sebab...[err...rasa macam tak yah kot]


Kalau dulu aku selalu marah Jee sebab suka sangat tarik baju aku. Dan sekarang aku tetap akan marah jee dengan ayat standart


“Jee!! tolong jangan tarik baju saya kalau saya rasa saya cantik. Ok?”


Mak cik ni tak pernah berubah.


i'm happy.thanks.i like it

Monday, December 22, 2008

nisan tepi jalan

Memandu dengan kelajuan konsisten agak bahaya. Kalau tak percaya boleh buat eksperimen sendiri dengan syarat guna hipotesis asal.

Masako Kanayama tu siapa?

Kembali kepada kelajuan konsisten. Percayalah memandu dengan kelajuan konsisten taklah best sangat sebab mungkin akan terlepas simpang, tercium bumper kereta orang, lupa tutup signal, gopoh-gapah tekan brek bila sampai simpang atau lampu isyarat.

Tapi best jugak sebab sempat senyum kepada siapa-siapa yang berselisih dengan kamu.betul.

Dan lagi, yang paling sengal bila bawak motor dengan kelajuan konsisten dan kemudian terberangan dan kemudiannya terlepas simpang dan kemudian lagi dibelakang kamu adalah seorang perempuan yang menggunakan jarinya untuk mencubit belakang kamu disebabkan angan kamu tadi hinggakan terlepas simpang nak masuk rumah atau simpang nak ke kedai. Sengal kan?

Sakit seh kena cubit.

Dan disebabkan kelajuan konsisten jugak-lah aku baru calarkan kriss hitam milik tuan rumah.

Thursday, December 11, 2008

budak bertuah.bukan...paling bertuah




‘Pa ku’
‘Bu ku’
‘Ku ku’
‘Ku tu’

Kutu? –kakak

Kutu tu apa? –ibu

Hmm…kutu tu gigit rambut –kakak

hahaha comel –mak lang

***
ibu nak tu –adik [tunjuk televisyen]

pizza? Nanti kita ajak ayah pegi –ibu

ibu nak tu –adik

ultraman? Semalam kan dah beli –ibu

ibu nak tu –adik

hmm…suruh ayah beli supermarket lah kalau macam ni… -ibu

heh.gila apa? –mak lang

***
‘pe li ta’

Pelita tu apa? –kakak

Pelita tu lampu minyak… -mak lang

Haa…kakak tau.pelita tu macam dalam takbir suci 3 kan?
yang perempuan tu terbakar kan? -kakak

Haa?? –ibu

Uh!! –mak lang

***
Mak lang, mak lang…mak tun kata malam ni ada puaka niyang rapid –kakak

Rapik –mak lang

Rapid la –kakak

Bukan rapid la kakak, rapik –mak lang

Orang kata rapid, rapid laa..[nangeh] –kakak

Hahaha budak bertuah.tepuk dahi baru tau –mak lang

enam belas bulan selepas tujuh tahun


Selamat pagi cinta


Syarifah amani memang comel dan aku hanya ingat sebaris puisi Que


‘bulan berbunyi hitam’


Ultraman, jangan main lambung syiling.


Belajar sejarah pulau pinang daripada orang Bangi memang menyeronokkan tetapi agak memalukan. Dan kalau Pulau Pinang ada sultan, mungkin aku sudah dibuang negeri sebab tak tau kat mana muzium negeri. Ultraman? Huh! Awal-awal lagi dah kena hantar balik pasir mas.


Aidir…tujuh jam tak cukup untuk aku.

Dan lagi, kalau aku gila kau jangan gila jugak sebab nanti tak ada orang nak datang melawat aku di rumah sakit jiwa.ok?