Wednesday, April 29, 2009

gadis chantek yang kecewa

...bila dua gadis chantek kecewa,
ntah dialog katogeri apa yang keluar..

s: kenapa tetibe jalan jem malam ni?
j: ramai orang kecewa kot...

s: apahal cenima ramai orang ni? hari ini rabu kan?
j: a'ah.. orang-orang kecewa datang berhibur kot...

s: nape lambat sangat? lapar nih!
j: tukang masak pun kecewa kot..

sorang kecewa sebab tak lepas parking,
sorang lagi kecewa sebab kondisi bilik sewa.

s: kenapa tak nampak lelaki kacak pun?
j: malam ni, lelaki kacak tak kecewa kot...

s: camne boleh tak lepas parking?
j: JPJ perempuan tu jeles ngan kechantekan saya kot..

s: gila apa awak malam ni?
j: saya kecewa tau takk!

0o0o...sama lah kita.

Tuesday, April 28, 2009

tak kacak lah kalau tak suka durian

sungguh.


seronok balik umah...
sepanjang jalan boleh tengok buah durian.
banyakk..

yang besar ada
yang kecil lagi banyak

tapi,
semua orang punya.heh

*balik pulau

Sunday, April 26, 2009

mei 26. jangan cari lagi

"tadi aku makan laksa, ayam percik, kueh bulat-bulat ngan air tebu. ko makan ape?" a

"sedapnye...aku makan masakan mak aku :)" id

"tsk...lagi sedap!!" a



uwaaa...nak mak!
woit! ko ada mak ke?
tak der...
bistu?
nak jugak!!
tak malu. nak mak orang!
..tak pe lah, aku kawan ngan cik kuning je

al-Fatihah.
[hadiah hari lahir]
mekaseh! =)

jauh itu rindu
gila itu indah
kamu itu aku
sudah

gelap bukan malam
hitam bukan kejam
pergilah

Saturday, April 25, 2009

pilih lah aku jadi rumate mu

dua orang handal boleh hidup bersama -edison chen.
owh! jangan cakap tak kenal lelaki kacak bernama edison chen.
lelaki kaya skandal yang masih dalam buruan.

.
semalam.
tengok lelaki-lelaki kacak dengan ultraman.
Sniper.
.

aku dan ultraman datang dari bintang yang sama.
walaupun dia ultraman, sebenarnya dia bukan datang dari planet ultra pun.
eksyen je..

aku dan ultraman jarang bersetuju pada satu-satu benda. masing-masing nak pertahankan hujah sendiri. masa 1st year dulu, asyik bertekak je. waktu aku bertekak ngan ultraman, jarang ada orang yang masuk campur. tak berani masuk campur pun sebenarnya.

bila dah penat baru diam. atau diam sendiri. lepas tu senyum. boleh jalan sambil letak tangan atas bahu. boleh kongsi air. dan paling penting, masih boleh buli Jee sama-sama. nak apa lagi?

aku dan ultraman jarang bersetuju pada satu-satu benda. dia tak suka minyak wangi aku. aku lagi lah tak suka dengan pilihan minyak wangi dia. kadang-kadang aku kutuk beg yang dia beli. kadang-kadang dia kutuk kasut yang aku beli.

kesimpulannya,
aku akan kata tidak pada barang yang dia suka.
dia pun sama.

jadi bila dia mengadap skrin berjam-jam untuk baca komik,
aku tak boleh berkata apa.
sebab aku pun akan mengadap skrin berjam-jam untuk baca blog.
dan dia pun tak boleh berkata apa-apa.

aku dan ultraman jarang bersetuju pada satu-satu benda.
tapi semalam bila edison chen cakap 'dua lelaki handal boleh hidup bersama', aku dan ultraman bersetuju pada satu benda.

"dua gadis chantekk boleh hidup bersama!"
109 buktinya. sungguh! =)

jadi, kenapa Liverpool dan Manchester United tak boleh hidup bersama?
err..mungkin keduanya bukan gay kot.
pergi tengok Sniper!

sudah. aku akan jadi rumates_ultraman untuk lima hari lagi.
untuk itu, aku perlu cari rumate lain.

mungkin batman.
mungkin keluangman.
tiongman ke..
spiderman pun boleh.
catwoman tak nak!

lelaki kacak,
ambil lah aku jadi rumate mu..
sorry inche rumate. =)

Thursday, April 23, 2009

bola

sungguh!






aku baru tau.
...yang Rita Ridani tu dah kawen.

camne eja nama dia weyh..
Ridani ke?
Rudaini ke?
Rudani?



dan lagi, c-hafizomie ok. bukan chafizombie

Tuesday, April 21, 2009

katakan TIDAK pada exam

.





argghhh!
benci.
sungguh.

Sunday, April 19, 2009

bila bosan dan tertekan, jarang ada orang yang akan buka kamus

sungguh.





AKU BENCI EXAM!



inche rumate, jom study munakahat.

Friday, April 17, 2009

denggi. satu entri tertangguh

dulu.
penghujung Januari..

suatu petang yang meletihkan. sungguh sungguh letih.
aku tidur.
ultraman pun tidur.

tengah best best tidur,
dengar bunyi bising...

"aah fogging!"
aku terus tarik selimut.sambung tidur.

ultraman bangun tutup tingkap. tarik langsir rapat-rapat. sambung tidur.

seminggu lepas tu,
ultraman balik kampung. aku sorang-sorang dalam bilik. siang atau malam, tingkap bilik tak pernah tutup. lepas tu demam. tiga hari. sebiji panadol pun tak telan. sebab aku tak layan ubat yang tak sedap. sungguh.

hari ke lima demam, baru gi pusat kesihatan.
dan nurse tu kata...

"tahniah, anda disyaki denggi!"

***
nurse tu cakap, urat darah aku halus sangat. ada ker dia suruh aku gi menyangkul ker... berkebun ker.. angkat benda berat-berat sikit. buat kerja kasar-kasar sikit bagi urat darah besar.tak rasional langsung.

macam la selama ni kotak-kotak buku aku tu berjalan sendiri. macam la selama ni booth-booth nescafe tu berjalan sendiri. macam la kampus ni tawarkan Kemahiran Hidup versi pengajian tinggi. tak pun aktiviti menyangkul beramai-ramai. tak rasional langsung!

***

aku syak,
darah aku manis.
sebab tu nyamuk gigit aku.
tak gigit ultraman. kan? kan? kan? =)

Thursday, April 16, 2009

tolong bagi tajuk entri

sungguh.

lama dulu.
aku pernah ke johor.
buat apa ntah. tak ingat.

sampai kat satu tol tu, tol mana ntah. tak tau.
aku buka mata.
yer la, sepanjang jalan tu asyik tido jer.
sekali kereta berhenti, nak jugak bukak mata.

tambah-tambah bila berhenti kat tol.
mana tahu jurutol tu seorang lelaki yang kacak.
paling tidak pun, agak kacak.
boleh jugak buat cuci mata lepas bangun tido.kan?

tapi tol yang itu, jurutolnya seorang wanita.
bila wanita, aku baca namanya saja. tak pandang pun wajahnya.

dan owh..!!

"aspalelawati"
puan rumah = wan norzilawati
aku = kamu_tahu_apa

puan rumah senyum. aku sambung tido.


dan owh...!
seorang lagi aspalela =)

Tuesday, April 14, 2009

bahagia itu jauh

sigh.


sepatutnya aku berbahagia sekarang.
tak ada kerja.
boleh online sampai bosan.
tak payah pikir pasal mana nak cari bahan tulisan.
tak payah telefon orang tu mintak laporan.
tak payah telefon orang ni mintak teks ucapan.


haih. apa aku nak tulis pasal konvensyen belia nih?!
malam ni dah nak buat layout.

adeih

Sunday, April 12, 2009

1439 1451 1445 1762 2271

pecah kaca
pecah gelas


sudah baca ................................... ini
harap balas

Saturday, April 11, 2009

Norhajidah Hassan, sila ambil perhatian


kurang jelaskah?

okeh.

Dengan ini, Norhajidah Hassan, no matrik 91554 berjanji akan belanja ais cream [sepatutnya aiskrim] Baskin Robin mengikut citarasa Wan Norhaspalela, Noor Shuhadah dan Nor Eliza jika kami berani memberi nombor telefon Nor Hajidah kepada Hizri pekerja pizza hut Sg Dua.

10.35 pm 21/12/08.



tak nak baskin robin? tak apa. cari aiskrim lain yang berbaloi untuk digantikan dengan baskin. jangan tidak-tidak ya Jee..


dan lagi...
Jee,
tolong sensitif dan kasihankan kami.




yang benar,
rumates_ultraman.

apexHotSpot. untuk orang tak da benda buat dan untuk yang ada benda tapi tamoo buat.

sepatutnya ini entri bergambar nak kenakan Jee.

tapi dah tiga jam tunggu blogspot upload gambar. tak up up jugakk.
friendster?
facebook?

aku akan sangat terkejut
dan akan amat-lah teruja kalau boleh upload gambar di sana.

download satu lagu bersaiz 3.2 MB?
tunggu la 20 minit.

ini apexHotSpot!

baiklah. mungkin ini bukan hari untuk kenakan Jee. =)

Friday, April 10, 2009

macam ni la Aini...

"wan, awak free tak petang nih? temankan saya jap". kata ultraman setelah keluar dari bilik mandi pada jam 1.50 tengahari yang lebih menghampiri petang. [haha...gelak keji]

"nape?" aku buat-buat tanya sambil layan bapak-bapak ni.

"saya nak gi **** [terpaksa dirahsiakan. takut ada yang nak ikot] jap. jom arr?"

lepas tu aku diam. layan ni. dan gelak kuat-kuat.

lalu berkatalah ultraman kepada seorang junior... "macam ni la Aini, kak wan selalu tak hiraukan kak syu tau. tengok arr tuh.."


haha...comel.


***


"weh! cepat gi kafe. sekarang tengah tak der orang nih. kang orang balik sembahyang jumaat baru tau" nasihat seorang rumate kepada ultraman..


"nak gi lar nih!" ultraman amik tuala. eh, tudung.


"awak nak gi kafe pakai seluar nih?" betapa kesahnya seorang rumate kepada ultraman. geleng kepala sambil pandang seluar kelabu tompok-tompok hitam milik rumate kepada rumates_ultraman.


"..lor awak yang cakap sekarang tak da orang kat kafe kan...?"


"owh..! mintak-mintak la tengah awak dok bayar tu, segerombolan lelaki-lelaki kacak datang. amin.."


pandang skrin. baca ni. tengok belakang, ultraman amik jeans. heh.






notasatu: maaf, tiada watak raksaksa dalam episod ultraman kali ini.



Thursday, April 9, 2009

0655. bukan reti balik tido budak-budak nih



macam mana beraninya kita cipta pertemuan,
macam tu lah kita kena berani hadapi perpisahan.
kerana ini adalah ciptaan kita sendiri.
tapi perasaan itu tetap dari ilahi -bukan aku*


*ayat diatas bukan ayat aku. aku mana tau karang ayat mesjid camnih.



ultraman, jee, alice, farah, saki chan,
kenapa VC tak ajak kita breakfast kat umah dia pagi tuh? korang tak bagi salam eh?

Tuesday, April 7, 2009

aku belia Malaysia

esok.



aku nak bangun awal.
mandi.
siap-siap.
pakai chantekk2.
pakai wangggi2.






nak gi mengundi.
heh. tetibe jer..

Sunday, April 5, 2009

dulu lagi dah komersial. sekarang apatah lagi.

da sket kaitan dengan tajuk entri. aku patut mintak loyalti dari KRU Production.kan?

**


dulu.

empat, lima bulan sebelum STPM,cikgu sejarah aku cuti bersalin.

kemudian digantikan dengan seorang cikgu lelaki. muda. kacak tak kacak sangat. lulusan UKM.


di universiti belajar pasal sebatian kimia. tapi masuk sekolah ajar kami tamadun dunia. huru hara. lintang pukang satu kelas. protes sana sini. khabar angin berbisik satu sekolah. satu kelas tak suka dia kecuali pelajar yang duduk di barisan hapadan. yang mendongak untuk memandang papan hijau.


Papan hijau yang setiap kali di cuci, semua yang berada di depan kelas lari. takut menyedut udara yang bersatu dengan debu-debu kapur putih. Sungguh tidak sihat.


Balik.

Mohd Izrie Baharom.

Jadi c-hafiezrie. setelah aku meng_c-hafizomie_kan dia.heh


Dengan suara hanya boleh dengar dengan jarak lima meter dari tempat dia berdiri, aku tak salahkan budak-budak yang duduk di belakang kelas kalau mereka bising. Kapasiti 65 orang setelah budak-budak sejarah kelas sebelah masuk memang boleh buatkan mana-mana cikgu sejarah tarik nafas panjang.


Selalunya, budak-budak yang duduk tiga barisan paling depan saja yang akan dengar dia mengajar sampai habis habis masa.termasuk aku.

**

Selalu dia panggil aku ‘aspalela’ walaupun tanda nama tertulis ‘nor haspalela’.lupa nak tanya kenapa.


aku.dulu.

tiap kali pindah masuk sekolah baru, imej bersih. maintain suci. senyuman itu aset. langsung tak ada kes langgar pantang larang sekolah. curi hati semua orang itu pasti!

**

Satu hari tu, dia masuk kelas lewat. tak jadi mengajar tapi nak minta tolong. Entah pertolongan apa, tak siapa tahu sebab tiada siapa yang sanggup menolong. berdedikasi betul.

**


Siapa boleh tolong cikgu? Saya nak empat orang –cikgu izrie

~Tiada respon.belakang kelas bising.


Wan mana wan? Saya cari wan –cikgu izrie

~Senyap. kelas sunyi. aku pandang dia. dia pandang aku. aku pandang belakang. semua pandang aku. ah sudah...


Yusrizal [monitor kelas], wan datang tak hari ni? –cikgu izrie

~Yus angguk. Kelas betul-betul sunyi. pakatan apakah ini? Nak kenakan aku ke nak kenakan cikgu nih?


Wan mana wan?siapa wan? –cikgu izrie

~dia pandang kelas. aku pandang dia. dia pandang aku. tak letih ke cikgu nih?


Tu wan[tunjuk aku] –nisah

Tu aspalela.cikgu kenal dia..saya cari wan. Mana wan? –cikgu izrie

Tu la wan. Nama dia... [_kamu_tahu_apa] –nisah

**


Dan, sampai hari ni aku masih hairan kenapa kelas sunyi hari tu. kenapa tak gelak kuat-kuat?

Aku nak gelak, tapi semua orang diam. jadi aku diam sampai sakit perut tahan gelak. Nyaris jatuh kerusi.


Tapi sampai hari ni, aku masih hairan. kenapa kelas sunyi hari tu?


Notasatu: cikgu lain kenal aku dengan nama wan. Tapi cikgu izrie kenal dengan nama aspalela.tu lar...

Notadua: kepada cikgu-cikgu, jangan bergosip dalam bilik guru.keh

Notatiga: dan lagi, jangan duduk atas kerusi waktu tonton Down periscope. =)

hijau.kayu.sagu

langsung tiada kaitan dengan tajuk entri.








Jee,
selamat berjihad!