Saturday, April 25, 2009

pilih lah aku jadi rumate mu

dua orang handal boleh hidup bersama -edison chen.
owh! jangan cakap tak kenal lelaki kacak bernama edison chen.
lelaki kaya skandal yang masih dalam buruan.

.
semalam.
tengok lelaki-lelaki kacak dengan ultraman.
Sniper.
.

aku dan ultraman datang dari bintang yang sama.
walaupun dia ultraman, sebenarnya dia bukan datang dari planet ultra pun.
eksyen je..

aku dan ultraman jarang bersetuju pada satu-satu benda. masing-masing nak pertahankan hujah sendiri. masa 1st year dulu, asyik bertekak je. waktu aku bertekak ngan ultraman, jarang ada orang yang masuk campur. tak berani masuk campur pun sebenarnya.

bila dah penat baru diam. atau diam sendiri. lepas tu senyum. boleh jalan sambil letak tangan atas bahu. boleh kongsi air. dan paling penting, masih boleh buli Jee sama-sama. nak apa lagi?

aku dan ultraman jarang bersetuju pada satu-satu benda. dia tak suka minyak wangi aku. aku lagi lah tak suka dengan pilihan minyak wangi dia. kadang-kadang aku kutuk beg yang dia beli. kadang-kadang dia kutuk kasut yang aku beli.

kesimpulannya,
aku akan kata tidak pada barang yang dia suka.
dia pun sama.

jadi bila dia mengadap skrin berjam-jam untuk baca komik,
aku tak boleh berkata apa.
sebab aku pun akan mengadap skrin berjam-jam untuk baca blog.
dan dia pun tak boleh berkata apa-apa.

aku dan ultraman jarang bersetuju pada satu-satu benda.
tapi semalam bila edison chen cakap 'dua lelaki handal boleh hidup bersama', aku dan ultraman bersetuju pada satu benda.

"dua gadis chantekk boleh hidup bersama!"
109 buktinya. sungguh! =)

jadi, kenapa Liverpool dan Manchester United tak boleh hidup bersama?
err..mungkin keduanya bukan gay kot.
pergi tengok Sniper!

sudah. aku akan jadi rumates_ultraman untuk lima hari lagi.
untuk itu, aku perlu cari rumate lain.

mungkin batman.
mungkin keluangman.
tiongman ke..
spiderman pun boleh.
catwoman tak nak!

lelaki kacak,
ambil lah aku jadi rumate mu..
sorry inche rumate. =)

3 comments:

ultraman said...

comel...hahaha
(sy la comel di mata awk)
boleh dikatakan 98% kt tak penah setuju ngan satu sama lain..kan3
sama cam kes buli Jee, kadang2 sy tak setuju method awk gunakan n awk pun tak setuju method sy gunakan tuk buli Jee..
tapi yg penting kita enjoy tengok masing2 bila duk tengah buli Jee

ehhh tinggal 5 hari lagi ehh..

sapa2 yg nak jadi rumate kepada bakal exrumate_ultraman
kene ambik kursus ngan ultraman dulu
yuran boleh dirunding.
permohonan dibuka selepas ultraman sahih dah letak jawatan jadi rumate.

Aku said...

angkat tangan!

nak

nak

nak...

(errr, kena tukar baju MU ker?)

tak mo!

Sakiinah said...

jadi, kenapa Liverpool dan Manchester United tak boleh hidup bersama?
err..mungkin keduanya bukan gay kot.

LAWAK!!!!!!