Sunday, April 5, 2009

dulu lagi dah komersial. sekarang apatah lagi.

da sket kaitan dengan tajuk entri. aku patut mintak loyalti dari KRU Production.kan?

**


dulu.

empat, lima bulan sebelum STPM,cikgu sejarah aku cuti bersalin.

kemudian digantikan dengan seorang cikgu lelaki. muda. kacak tak kacak sangat. lulusan UKM.


di universiti belajar pasal sebatian kimia. tapi masuk sekolah ajar kami tamadun dunia. huru hara. lintang pukang satu kelas. protes sana sini. khabar angin berbisik satu sekolah. satu kelas tak suka dia kecuali pelajar yang duduk di barisan hapadan. yang mendongak untuk memandang papan hijau.


Papan hijau yang setiap kali di cuci, semua yang berada di depan kelas lari. takut menyedut udara yang bersatu dengan debu-debu kapur putih. Sungguh tidak sihat.


Balik.

Mohd Izrie Baharom.

Jadi c-hafiezrie. setelah aku meng_c-hafizomie_kan dia.heh


Dengan suara hanya boleh dengar dengan jarak lima meter dari tempat dia berdiri, aku tak salahkan budak-budak yang duduk di belakang kelas kalau mereka bising. Kapasiti 65 orang setelah budak-budak sejarah kelas sebelah masuk memang boleh buatkan mana-mana cikgu sejarah tarik nafas panjang.


Selalunya, budak-budak yang duduk tiga barisan paling depan saja yang akan dengar dia mengajar sampai habis habis masa.termasuk aku.

**

Selalu dia panggil aku ‘aspalela’ walaupun tanda nama tertulis ‘nor haspalela’.lupa nak tanya kenapa.


aku.dulu.

tiap kali pindah masuk sekolah baru, imej bersih. maintain suci. senyuman itu aset. langsung tak ada kes langgar pantang larang sekolah. curi hati semua orang itu pasti!

**

Satu hari tu, dia masuk kelas lewat. tak jadi mengajar tapi nak minta tolong. Entah pertolongan apa, tak siapa tahu sebab tiada siapa yang sanggup menolong. berdedikasi betul.

**


Siapa boleh tolong cikgu? Saya nak empat orang –cikgu izrie

~Tiada respon.belakang kelas bising.


Wan mana wan? Saya cari wan –cikgu izrie

~Senyap. kelas sunyi. aku pandang dia. dia pandang aku. aku pandang belakang. semua pandang aku. ah sudah...


Yusrizal [monitor kelas], wan datang tak hari ni? –cikgu izrie

~Yus angguk. Kelas betul-betul sunyi. pakatan apakah ini? Nak kenakan aku ke nak kenakan cikgu nih?


Wan mana wan?siapa wan? –cikgu izrie

~dia pandang kelas. aku pandang dia. dia pandang aku. tak letih ke cikgu nih?


Tu wan[tunjuk aku] –nisah

Tu aspalela.cikgu kenal dia..saya cari wan. Mana wan? –cikgu izrie

Tu la wan. Nama dia... [_kamu_tahu_apa] –nisah

**


Dan, sampai hari ni aku masih hairan kenapa kelas sunyi hari tu. kenapa tak gelak kuat-kuat?

Aku nak gelak, tapi semua orang diam. jadi aku diam sampai sakit perut tahan gelak. Nyaris jatuh kerusi.


Tapi sampai hari ni, aku masih hairan. kenapa kelas sunyi hari tu?


Notasatu: cikgu lain kenal aku dengan nama wan. Tapi cikgu izrie kenal dengan nama aspalela.tu lar...

Notadua: kepada cikgu-cikgu, jangan bergosip dalam bilik guru.keh

Notatiga: dan lagi, jangan duduk atas kerusi waktu tonton Down periscope. =)

2 comments:

nickmenza said...

wah, gila aa komersial :)

chafizomie said...

komersial kan? tapi tak leh jual..