Tuesday, October 26, 2010

namanya, kejayaan...

baru sebulan dapat rumate baru.

ok?
macam ok...
rutin yang sama hampir sebulan.

bangun pagi,buat sarapan.
pastu, tengok rumate makan.
rumate pegi keje, baru kemas rumah.
kemas? err..tak de apa nak kemaskan sangat pun.
dua orang je duduk...
kalau guna barang, letak tempat dia balik, memang boleh sambung tidur tiap-tiap pagi.

baiklah,
skill menulis dah berterabur.
otak pun dah berkarat.
malas?
jangan tanya.

macam bengkak?
ini namanya, kejayaan............membina badan

.
titik?
ini namanya, makin malas!

Monday, October 4, 2010

Monday, September 6, 2010

terima kasih, awak! tapi duit raye yang awak bagi tu tak cukup..

awak,


dah lebih sebulan saya tak sihat,
awak yang jaga saya.
saya mintak maaf,
saya tak kuat macam yang awak harapkan.

awak,
saya mintak maaf...
saya selalu muntah.
mungkin awak geli...
saya mintak maaf sangat.

sepanjang hari-hari yang saya tak sihat,
awak baik sangat.
awak banyak bersabar ngan saya..
awak belikan vitagen berbotol-botol tuk saya.
awak picitkan kepala saya...
awak buangkan sampah-sampah saya...
awak tolong habiskan makanan saya...
awak datang jauh-jauh,
tiap-tiap hari semata nak temankan saya..
terima kasih sangat.
tak tahu sampai bila awak sanggup jaga saya.


awak,
dengan keadaan kesihatan saya yang macam ni,
saya terima kalau awak dah tak nak datang pada saya sampai bila-bila.
saya ok.
sungguh!

lagi,
saya nak awak tahu...
saya bahagia sangat bila bersama awak.
terima kasih.

dan lagi,
kalau awak masih nak datang pada saya,
tolong jangan sakit yer...
kalau awak sakit,
saya takut...
saya tak dapat jaga awak macam awak jaga saya.
lagipun...
kalau awak sakit,
tak boleh la saya nak merap ngan awak lebih-lebih. hee..

awak,
saya nak hidup dengan awak.
nak tua dengan awak.
nak susah sama-sama.
senang sama-sama.
saya tak berani nak janji apa-apa...
tapi, saya sanggup terima macam mana pun takdir saya bila bersama awak.
moga ALLAH tetapkan hati saya sampai bila-bila.
saya nak jadi yang halal tuk awak...
selama mana awak sanggup terima saya.

sungguh!

Monday, July 19, 2010

Julai 19

sudah setahun saya disini.

terima kasih kepada ultraman kerana telah membuat janji-janji manis ketika mula-mula saya di sini. yang membuatkan saya menangis nak balik penang tiap-tiap malam.

ya. tiap-tiap malam selama dua minggu. hantu betul!

terima kasih pada kak ieta dan abang faisal,
kerna tumpangkan bermalam.

pada abang fazallah,
yang susah payah temankan saya cari bilik
(setelah tertipu dek janji ultraman)

dan awak inche wallpaper,
yang jaga saya selama di sini.

dan kamu, yang selalu-selalu menghantar mesej emosi pada saya.
terima kasih.

benar, insan-insan ini banyak membantu. sangat.
tapi saya syak...
mungkin,
saya boleh survive
hari ini, di sini,
sebab saya masih chomel
dan lebih chomel daripada ultraman =)

Friday, July 16, 2010

untuk orang bujang yang bahagia macam saya,

kenaikkan harga barang memang tak ada kesan.

tak terkesan pon. dan...

sila
jangan
gatal-gatal
jadikan
harga
petrol
sebagai
alasan
untuk
tanak
dating!


protes nanti!

Friday, July 9, 2010

bila hangin, mula la rasa macam nak tukar password..

sungguh!



kalau terbagi balik cincin nih,
tolong tampar sorang sekali.

Wednesday, June 16, 2010

dalam semak file, saya jumpa ini..

Hari-hari biasa seorang budak,
Malamnya akan ambil ubat dan bukan supplement.

Hari-hari biasa seorang budak,
Sarapan paginya supplement, dan bukan ubat.

Hari-hari biasa seorang budak,
pagi tadi sama saja dengan pagi sebelumnya.

Hari-hari biasa seorang budak,
=keringkan hati.

Ada ketika, ada harinya,
supplement akan datang sendiri padanya.
Selalunya petang. Kadang-kadang saja malam.
Tapi sungguh, si budak tak pernah ambil ubat
bila dia sedang ambil supplement.
Walau keduanya mudah dihadam.

Hanya bila malam,
ubat akan datang.
Dalam 24 jam yang semua orang ada,
mungkin hanya itu saja waktu yang tinggal untuk si budak.
Tapi sebab perlukan ubat,
si budak biarkan harinya biasa-biasa.

Si budak sangat mahukan ubat dan sangat perlukan supplement.
Ubat bukan tukaran supplement
dan si budak jugak tidak mahu tukarkan ubat dengan zulhuzaimy.
Tidak.

Si budak sangat perlukan ubat
dan sangat mahukan supplement.
Tapi keduanya datang hanya bila mereka mahu.
Selalu-selalu si budak menyeru tapi seperti biasa,
mereka datang hanya bila mereka mahu.

Tapi masih,
Hari-hari biasa seorang budak,
ubat dan supplement adalah anugerah..


berdosakah saya andai dalam dakap ubat masih rindukan supplement?

Wednesday, May 5, 2010

orang bujang yang bahagia macam saya mana tahu berpantang.

sungguh...


mana ada orang pergi kenduri kawen
makan ikan kering sampai bengkak-bengkak gusi.


dan lagi,
mak cik pak cik ortodoks tak boleh diam dari bertanyakan
"....bile nak langsung?"

gadai cincin baru tau!

Thursday, April 1, 2010

ilmu hisab

saya ingat saya yang paling teruk dalam bab kira-kira
sampai duit tol RM1.60X4 pun saya tanyakan kekaseh saya yang comot tu.

...rupanya, ramai lagi editor bahasa dalam department saya yang lemah
nafsu kira-kiranya.

"dik, RM3.80 campo RM3 berapa? betul ke enam lapan?"


junior macam saya mana berani gelak kuat-kuat.

Saturday, February 27, 2010

mencari kekacakan lain di pulau pinang

ada kot.



...ultraman,

tolong tengok-tengokkan kekaseh saya.
tengokkan je..awak kan dah ada LAN..

[untuk makluman, ultraman dah tukar status. hik hik..]

Wednesday, February 17, 2010

aku baru tahu ultraman secomel ini

warkah untuk manusia yang jahat aka ex-rumate_ultraman.



Wan,

Sesungguhnya ku taip warkah email ini untuk mu dikala ku sngtlah boring kat ofis nie..
Wan ku rindu padamu
udah seketika ku tidak menemuimu sejak pertemuan kita pd hari itu shopping kat masjid jamek
Wan
Apa kabar mu skrng nie, cmne ngan pencarian keje mu..segalanya ok?
Wan
Cmne genting, sejuk kah..aku ingin mengetahuinya wink wink
Wan
tujuan sebenar ku email menate nie adalah kerana ingin jimatkan bill maxis ku yg udah mula memeningkan kepala dan kondisi keadaan hidupku hingga bulan 3 yg for sure sungguh sesangra.
Wan
ku cadangkan apa kata kita buat pertemuan pada mac ini setelah kondisiku berbeza hehe
Wan
Boring boring boring boring boring boring boring
Wan
Adakah kamu masih di TTDI?
Wan
Majlis Peperiksaan Malaysia ada kosong..dngn baik hatinya ku attackn untuk mu
Wan
tidak dapat ku attchkan coz yahoo bangong..nak ambiklah link nye http://mpm.edu.my

p/s: wekkk mmng takde benda nak buat nie
p/s: kelakar giler taip email nie

Regards,
yang teramat amatlah comel giler
Shyu

Thursday, February 4, 2010

warkah untuk bakal bapak mertua

sungguh, sebenarnya..
kekaseh saya telah berjanji untuk pinjamkan saya tumbdrive dia pada dua hari lepas.
ini kerana,
super stick yang ada pada saya terlalu berteknologi
hinggakan mak cik-makcik di kedai komputer hampir mematahkannya.
dan..kekaseh saya berjanji akan berikan kepada saya pada hari ini.

akan tetapi,
hari ini, semasa dia bersiap-siap untuk datang kepada saya,
abahnya telah menalipon.
meminta kekaseh saya untuk pulang kerumah.
menurut kekaseh saya,
abahnya mahu pulang ke kampung.
seberapa segera.

dengan rasa buat-buat tabah,
saya relakan kekaseh saya menunaikan hasrat abahnya.
abahnya abah saya juga..nanti

pabila sampai di rumah,
kekaseh saya maklumkan yang abahnya semacam tidak berhajat meneruskan perjalanan.

oleh yang demikian,
saya meminta kekaseh saya tanyakan status perjalanan mereka.

namun begitu,
kekaseh saya enggan.
diminta saya yang tiada kena mengena pula tanyakan.

disebabkan saya chomel dari kekaseh saya yang comot,
saya telah mengirim satu warkah kepada kekaseh saya untuk diforwardkan kepada abahnya.

saya amat tidak pandai dalam menyulam kata-kata.
jadi, saya tidak tahu sama ada kekaseh saya sanggup atau tidak meng-forward-kannya kepada
bakal bapak mertua saya.

***

"kehadapa abah yang disayangi,
kiranya abah berhasrat untuk menangguhkan perjalanan atau membatalkan terus niat
untuk balik kampung, usahlah abah ragu-ragu untuk maklumkan kepada anakndamu ini.
arakian kiranya tak jadi, anakndamu ini berhasrat untuk g dating.."

Thursday, January 28, 2010

azam bulan baru

...melihat KL dengan kekacakkan.

Monday, January 25, 2010

ubat gembira

masih selekeh.
masih serabut.
masih serabai tapi comel [kadang-kadang je comot]

otak masih kosong.
bukan takat sifir 8, siir 4 ngan 7 pun memang tak reti.
takat tambah ngan tolak angka kecik-kecik je tahu.

masih bermalasan.

canon 450D untuk hadiah hari lahir?
tanak.
cuma mahu ubat gembira.
tiap-tiap hari.

masih cepat bosan.
bosan.

masih lemah.
masih down.
masih tiada arah.
masih harapkan ubat gembira.
masih mencari ubat gembira.

kuat nangeh.
masih nangeh.
nangeh..


nak peluk =(

Wednesday, January 13, 2010

hujan

.
.
.
tahu tak macam mana nak jadi wan norhaspalela yang baru?

...tolong

Monday, January 11, 2010

minit kedua daripada lima minit masa berfikir

sabtu lepas bos kecil ada panggil dan suruh buat keputusan sama ada nak resign harini dengan notis 24 jam atau nak resign pada 31 nanti sebab aritu dia tak bagi AWOL atau MC (setelah aku ceritakan yang aku tiada motivasi lagi untuk datang kerja dan juga sudah tidak seghairah dulu untuk melayan hantu-hantu yang asik menjerit) tapi aku AWOL jugak sehari and MC sehari. gila tabah, kan?

bos kecil yang kini agak tabah setelah mengenali agen comel nama noharuddin (nama Bob bagi) bagi masa lima minit untuk buat keputusan. disebabkan budak comel nama noharuddin memang bijak cuma kadang-kadang saja dia buat benda tidak bijak dengan yakin dan tabah berkata... "esok saya off, kalau saya datang keje macam biasa pada hari isnin, maknanya saya akan teruskan sampai 31 januari tapi kalau saya ubah fikiran saya akan hantar notis 24jam hari isnin nanti. camne? (sambil angkat kening banyak-banyak kali dekat bos kecil)".

***
haih
ingat budak comel nama noharuddin ni malas sangat ke nak gi keje? kalu malas pun siket jer..
dekat siapa lagi yang tak mengadu nasib? ultraman dah bosan dah selalu sangat mengadu kat dia.
aidir?
tak yah cakap. tiap-tiap hari cakap ngan dia tanak gi keje. suruh dia tarbiah tanak pulak. kalau hati ngan minda ni ada button reset, dah lama reset. tak payah tiap-tiap hari sebelum gi keje nak call segala macam manusia tuk motivate.

mana remaja kalau tak tabah!
nak kaya! nak kaya! bweekkk

Monday, January 4, 2010

wang bukan motivasi terbaik. aku rasa

...sungguh.


lambatnya nak tunggu 31 januari.
nak abiskan kontrak kat tempat super duper stress ni.haih

gaji memang ok. sedap
tapi...
sistem macam bengong siket..
management macam tak takde duit..
customer macam hantu..


yang benar,
141_lela
(aku yang berjanji akan ponteng lagi)