Friday, May 16, 2008

Kebaya Jingga..Benarkah aku Bersalah?


Ari ni, aku der xsement kat jalan Masjid Kapitan Keling. aku baru tau xsement ni pagi tadi sebab semalam aku sampai umah pun dah kol 11.30 mlm. rumate baru dah tido, xkan nak kejut dia semata-mata nak tanya xsement jerr kan. huhuhu...disebabkan ari ni ari jumaat, aku pon decide la nak pakai kebaya purple [sb dh kene brainwash ngan kak aku sblum ni]. dengan segunung doa agar aku diberi keindahan penampilan tanpa menggugat keyakinan, aku pun main sarung jerr baju tu tanpa pk panjang..

kuar dari ofis, nek bas, n turun bas, keyakinan masih bersama aku...pastu masa nak carik tempat xsement lak, sesuatu yang aku panggil 'keyakinan' itu dah mula berkocak. sorang kata PCCC dekat ngan mahkamah. der yang kata dekat ngan jalan masjid india...n der jugak yang kata xtau.

tengah aku blur2 carik tempat tu...der la sorang hambah ALLAH yang baik hati tanya aku..nk g mana?? huhu...aku pon tunjuk arr ads yang aku simpan tu. sekali dia kata tempat tu jau. bukan area sini. ahh...sudah. then bla bla bla dia xbagi aku nek teksi sebab der banyak kes. [aku pu takut nak nek teksi] mggu lepas dia kata sorang chinese woman dah kene..huhu..tragisnye..

pastu dia tawarkan diri nk anto. pergh!! nk anto babe!! huhu...keterlaluan x kalo aku kata ni bala?? tp dia mmg nak tolong aku...huhu...masa tu aku dalam dilema. tapi nmpak dia macam ikhlas...n betul2 nak tolong.. then, aku setuju. sedeh siot masa tu...huhu...sebolehnya aku xmo nek moto ngan ajnabe... waaaa...waaaa tp dh darurat. mmg aku xtau tempat tu n xder idea langsung masa tu..sebab tu aku setuju.

bayangkan, pakai kebaya nek moto dengan org yang baru kenal 5 min.....haila...how can i say. masa tu mmg menyumpah diri sendiri. gatal sangat nak pakai kebaya. kalo takat nak tunggu ofis xper arr. waaa..waaa...sedeh xabis lagi.

bukan sedey sal tu jerr...huhu...prinsip aku, aper yang aku ada semuanya aku simpan untuk orang yang berhak. hanya pada yang berhak. tp td dh nek moto ngan hamba ALLAH tu... uwaaaa...uwaa... haila...pesal la aku xpakai kemeja jerr td....

pastu dah sampai, sekali dalam tu sume press chinese. der la 2 orang photographer tu indian n aku malay sorang. pergh!! ngan baju kebaya purple, sorang malay gurl yang comel, aku jerr malay dalam tu dah cukup tuk buatkan aku jadi perhatian diorang. tp aku tabik arr ngan diorang. layan aku macam aku vip dalam pc diorang. ye la...reporter datang nak cover story diorang tp tu la... skali pc dalam mandrin laks... xker ngaaaanga
-press_yang_dimaksudkan?? huhu

pastu kalo xsilap aku yang indian guy tu dari Bernama tv. huhu...aku menyerlah sangat ke sampat aku pon ko nak shoot?? akukah yang bersalah kalo aku perasan?? wawawa

honestly, press, staff or presiden PCCC tu layan aku mmg baik. siap janji lagi nak wat conference len in english lagi. siap der press yang tolong aku translate lagi. der jugak staff yang tolong copy dokumen yang aku jerr dapat. wala.....best gilerr..

then pastu aku balik ngan fazalah, press dari bharian tu. huhu...dh dia janji nak anto, layan arr... huhu..kali ni nek kancil..bukan moto. layan arr....pusing2 kot gurney pastu g makan kt dossert. huhu.. pastu si per ntah nama sorang lagi reporter tu..fairus kot.

ceh!! stament dia yang aku rasa cam nak argue bila dia kata..."malay gurl, kalo malay guy yang usik, diorang kata kata kita nak ngorat dia". begitulah serba siket statement dia. pergh!! kalo takat member2 yg aku mmg kenal, nak jerr aku argue. ni baru kenal 10 mint nk argue..kang masuk report aku men kasar laks. xpasal2 kene jumpa dekan. huhu...

wala...malas arr cter sal mamat tu..
how can i said, wat should i said.....aku memang aku...

Wednesday, May 14, 2008

Oops!!

t-shirt free yang aku dapat pagi tadi. wawawa....hitam lagi. ni t-shirt hitam aku yang ke 16. waaa....aku nak kaler putih pulak....... [err...demand la pulak]

Oops...jee...lupa arr nk sampaikan salam awak kt Lim Guang Eng. huhuhu... xkisah arr kan. pasi awk leh g salam sendiri......wawawa.. but....jangan lupa kim salam kat pembaca berita bernama tu k... huhu...kalo x silap nama dia luqman hakim bin.....................err lupa laks nama bakal **k ******
huhu pergh!! ni berangan tahap xsedar diri camni...

semalam nampak El. pergh!! gaya cam profesional. tapi 1 jer.....kekedang nmpak jer pro.....tp kalo orang yang xkenal ko akan kata ko berlagak. tp aku sendiri nmpk mmg cam ko eksssyen sket. huhu...sorry to said. tapi dalam ramai2 member yang aku dah jumpa...mmg ko _seperti_yang_dikatakan pon.... wawwawa....aku xbersalah!! heheh..



haisyy...aku begitu dan aku begini..

Tuesday, May 13, 2008

Sudah Terhantuk Baru Tergadah


wawawa...padan ngan muka sume org. padan muka!!padan muka!! sebab per....sb krisis bekalan beras skang arr. huhu..tu la. dulu ni xmo beringt. skang baru la YB nun. YB nin nk g tinjau kawasan tanah terbiar tuk wat kawasan tanaman yang sesuai kat citu n bla bla bla...

hmm....nak tau. bukan sekali dua kalo aku balik kampung kat Kedah nun aku sakit hati. mana xnya. kawasan tanaman padi boleh diorang timbun tanah merah nak buat rumah. buat rumah teres babe!! rumah!!

bengong betul pemaju or orang persendirian yang wat umah atas tanah bendang. bengong tahap x pikir masa depan. beli tanah bendang, pastu buat umah beso2, pastu beras, import dari Thailand. import. import n import.

ni kes 4 5 tahun lepas. dah x guna dah nak cter panjang2. orang yang dok kat umah tu pon dah beranak pinak dah. hisyy... kalo nak cakap aku salahkan orang lain bila timbul krisis beras ni, korang salah. sebab....3 4 tahun dulu lagi bila aku tengok banyak rumah2 dibina atas tanah bendang aku mmg dah angin. sejak 'sedar' yang kerajaan Malaysia eksport beras Malaysia n import beras2 dari Thailand, Vietnam n [hanya diorang yang tahu] dulu lagi.

macam yang aku cakap tadi, dah xguna nak kesalkan apa yang dah jadi. skang paling kesian kat golongan berpendapatan rendah, petani, nelayan n orang yang wat keje2 kampung. korang bayangkan, diorang mmg dah xder sen. nak makan nasi g beli beras timbang. tu yang ok sket. yang xok g beli beras hancur yang orang bagi makan ayam itik nun. bayangkan.....peritnya hidup.

pastu, pulak.. nak suruh rakyat kawal pemakanan. yang suke membazir tu boleh gak arr cakap macam tu. tapi kalo kena orang2 yang keje guna tulang empat kerat tu catu makanan, boleh ke? abis, kalo makan mee ker, makan roti canai kerr....ingt boleh kenyang? aku yang sehari sekali g kuar wat xsment n pastu lepak kat opis jer pun perut xtahan, ni kn pulak diorang tu. kalo xder tenaga camne nak wat keje.

pastu orang2 kampung lak. kalo x makan nasi diorang nak makan ape?? mee jugak?? kang harga mee pulak naik. huhu...[aku x bersalah] hah....kalo diorang x masak nasi, xkn nk makan ubi kayu. or xkan saban malam nak kuar g carik kedai makan. kalo 3 org g makan selama seminggu, campor2 dah boleh beli sekampit beras cap manggis..[beras paling murah aku jumpa walaupun kononnya bekalan cukup skang ni.] tu belum oder minum lagi tu.
haila.....

hah...2 malam lepas. aku g makan kat belakang Balai Polis Dato' Keramat. deretan kedai kat situ mmg banyak arr. orang laks ramai. pastu...skali aku decide arr nk makan kt gerai MAJID SPECIAL CAMPOR-CAMPOR [ huhu...bagi publisiti sket kt kedai ni sb aku sakit ati xabis lagi] pastu member aku ni oder la nasi goreng ayam. pastu cam xder pe je kat situ aku pon oder arr nasi goreng special. 5 min pastu, datanglah pinggan nasi member aku ni. hah sudah!! ayam der seketul atas nasi tu. pastu der 2 keping timun. atas timun taruk sos.

masa tu aku dapat bayangkan camne la nasi goreng special aku tu. yeah....correct!! nasi goreng sejuk. pastu dia timbun atas nasi tu telur goreng [12'] daging masak per ntah dia potong kecik2 [ingt aku mintak daging nk cicah ketupat kerr?? 32'] ayam goreng potong [53'] pastu timun 2 keping atas der sos [standart].

pegrh....kira nasib baik arr ari tu aku lupa bawak mp4 aku. ketidak tau la...skali pic tukang masak tu pun aku amik. kt menu, nasi goreng special RM 4.50. skali g bayo RM 5.00. pergh!! mmg aku reject arr kedai tu. kedai yang xkan aku g selagi terdaya.

hmm...how can i say....aku itu dan aku ini

Monday, May 12, 2008

cara-cara nak cover malooo...


1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....

tanpa tajuk...

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah Man ada pada bos..

Man: Ade ape bos.??

Bos: Man,awak dibuang kerja.
Man: Kenapa Bos? Saya tak buat apa2 pun..
Bos: Pasal tu lah awak dibuang....

[Wawawa....memang Man bersalah]

Anak kembar

Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak. Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama,

"Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!".

"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.

Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".

"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.

Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!".

"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.

Pada waktu itu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?" Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.

wawawa...

Saturday, May 10, 2008

jangan saman aku...


Ari ni cter kes saman menyaman laks... >juga gambar hiasan....>> wawawa

seingat aku, kes saman pertama yang buatkan aku sedar sal kes2 saman ni difailkan masa aku form 5 or form 4. Kes ni kalo x silap budak sekolah yang failkan saman kt sekolah dia.tapi sb aper eik...lupa arr. 3 juta babe dia saman.

Plaintif pertama, pihak sekolah. Plaintif kedua, Kementerian Pelajaran. Plaintif ketiga lak kerajaan Malaysia. Pergh!! Gila siot budak ni. Anak orang kaya mana la kan yang bodoh siot g saman sekolah sendiri.

Hmm...dh tentu arr ni bukan kes saman pertama yang melibatkan budak2 hingusan ngan kerajaan Malaysia. Pada aku ngan situasi politik skang ni, kes saman menyaman sampai berjuta2 ni bukan kes2 ekslusif dah. Tapi macam saman trafik laks...hari2 der je orang kene saman.

Zaman skang zaman menteri2 hingusan lak men saman2. Nk carik publisiti ke, nk kaya cepat ke, mmg suke nek turun mahkamah ke....ntah arr.

Antara yang penah aku dengar..........Datuk Seri Dr. Anuar Ibrahim penah saman Tun Dr. Mahathir sebanyak RM 100 juta. RM 100 juta babe!! Kaya tahap gaban kalo menang kes tu. DSAI saman sebab dakwa Tun yang ‘humban’ dia ke penjara dulu nun. Haila.....

Pastu bulan lepas aku dgr lagi yang DSAI saman sorng ahli politik sb mengeluarkan kata2 nista (nista dalam kes ni xsama ngan makna nista bg aku n mungkin juga xsama bg x-rumate aku n lagi2 la xsama bg orang2 yang langsung xder kaitan ngan aku!) semasa berkempen mac lalu.

DSAI kata, dia telah alami kemurungan, kurang keyakinan, imej tercalar n bla bla bla.... pastu skali dia saman si mangkuk hayun yang berkempen sms pilihanraya ari tu nun sebanyak RM 10 juta. RM 10 juta weh....bukan sikit yang kononnya sbg ganti rugi teladan. Ganti rugi kemaluan

(kemaluan ker??) n bla bla bla . Jangan2 dia x rasa apa2 pun. Tapi wat2 rasa sb kalo wat camtu boleh saman org.huhu...aku kene saman x arr pasni? Waaa....waaaa....

Pergh.....senang betul nk wat duit kan.. tu belum kes blogger kene saman. Cikgu kene saman. Pengawal keselamatan kene saman. Tauke kedai kene saman. Suri rumah kene saman. Posmen kene saman n rakyat Malaysia lainnya.

Huhu...yg terbaru...kes Raja Petra ngan pe nama dia tu.....Syed Ahmad? Syed Idris?? Syed pe arr?? Yg meng_omen dalam blog tuh...ha....skang der kat jail [tapi skang dh kuar arr] didakwa dibawah akta Hasutan. Uish...agak2 aku dok posting camni neh....kalo menteri mane2 baca kene saman x arr?? Huhu....jangan saman aku. Aku orang susah!! Wawawwa...

Thursday, May 8, 2008

ku......Bernama cinta



sekadar_gambar_hiasan... >

Bernama. Bernama. Bernama. Ni bukan kau yang BERNAMA cinta tu ekk...ni Bernama si agensi berita tu. Ayoy. Ko silap arr....aku dok bernama penang bukan aku jadi balaci DAP. Tapi kalo aku kt Dubai sekalipun, aku still akan jadi balaci kerajaan Barisan Nasional.

BERNAMA. Patut arr aku heran pesal xder story pun sal penang bila masuk bernama.com dulu. rupanya bila dah der kat sini baru tau yang kadang2 xder story pun reporter nk tulis. 2 ari aku kt sini, kadang2 sorang tulis 1 story jer. Sb.........selalunya bernama cover story sal kes besar2 jer n kes yang xder organisasi berita lain yang dibenarkan cover. So that organiasi tu kena BELI dari bernama arr. N kes remeh temeh lak kosmo! N harian metro akan buat.

Kosmo! Pergh....mana diorang korek story pelik2 ntah. X tau lak aku. Huhu...org yang nk tau berita penting akan baca utusan n org yang suke berita pelik2 ala-ala mastika ni akan pilih kosmo!! Mmg ideologi aku, tapi turut diakui oleh orang yang keje kat utusan gak. Aku xbersalah...

Harian metro lak, story dia macam report. Ala ala laporan khas gtu. Macam investigater paper pun ader gak. Siap x penah tulis tarikh laks tu.

Hmm...br aku perasan. Check it out!!

1. Bernama ditubuhkan dibawah akta parimen 1967 n mula operasi pada mei 1968.

2. Bernama adalah agensi berita yang tawarkan perkhidmatan penglaporan berita kepada organisasi media lain.

3. Bernama menjual berita mereka kepada organisasi media yg berminat n yg memerlukan.

4. Bernama berada dibawah kuasa kementerian penerangan

5. Akan ader n telah pun ader kes2 yang organisasi media lain yang x dibenarkan cover story sal sesuatu isu contohnye pc yg der kt kediaman Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

6. Saper yg wat hukum mandatori camni neh??

Intermission.....org yang wat hukum adalah orang yang sama wat keuntungan darinya.

Mandatori?? Aku xbersalah.

Wawawa....jangan saman aku. Aku orang susah!!

how can i say, aku mmg begini...

Monday, May 5, 2008

aku kt BERNAMA

aku kt bernama skang. curik2 posting. gila aku camni kalo xder connection slalu...