Wednesday, June 16, 2010

dalam semak file, saya jumpa ini..

Hari-hari biasa seorang budak,
Malamnya akan ambil ubat dan bukan supplement.

Hari-hari biasa seorang budak,
Sarapan paginya supplement, dan bukan ubat.

Hari-hari biasa seorang budak,
pagi tadi sama saja dengan pagi sebelumnya.

Hari-hari biasa seorang budak,
=keringkan hati.

Ada ketika, ada harinya,
supplement akan datang sendiri padanya.
Selalunya petang. Kadang-kadang saja malam.
Tapi sungguh, si budak tak pernah ambil ubat
bila dia sedang ambil supplement.
Walau keduanya mudah dihadam.

Hanya bila malam,
ubat akan datang.
Dalam 24 jam yang semua orang ada,
mungkin hanya itu saja waktu yang tinggal untuk si budak.
Tapi sebab perlukan ubat,
si budak biarkan harinya biasa-biasa.

Si budak sangat mahukan ubat dan sangat perlukan supplement.
Ubat bukan tukaran supplement
dan si budak jugak tidak mahu tukarkan ubat dengan zulhuzaimy.
Tidak.

Si budak sangat perlukan ubat
dan sangat mahukan supplement.
Tapi keduanya datang hanya bila mereka mahu.
Selalu-selalu si budak menyeru tapi seperti biasa,
mereka datang hanya bila mereka mahu.

Tapi masih,
Hari-hari biasa seorang budak,
ubat dan supplement adalah anugerah..


berdosakah saya andai dalam dakap ubat masih rindukan supplement?