Friday, April 17, 2009

denggi. satu entri tertangguh

dulu.
penghujung Januari..

suatu petang yang meletihkan. sungguh sungguh letih.
aku tidur.
ultraman pun tidur.

tengah best best tidur,
dengar bunyi bising...

"aah fogging!"
aku terus tarik selimut.sambung tidur.

ultraman bangun tutup tingkap. tarik langsir rapat-rapat. sambung tidur.

seminggu lepas tu,
ultraman balik kampung. aku sorang-sorang dalam bilik. siang atau malam, tingkap bilik tak pernah tutup. lepas tu demam. tiga hari. sebiji panadol pun tak telan. sebab aku tak layan ubat yang tak sedap. sungguh.

hari ke lima demam, baru gi pusat kesihatan.
dan nurse tu kata...

"tahniah, anda disyaki denggi!"

***
nurse tu cakap, urat darah aku halus sangat. ada ker dia suruh aku gi menyangkul ker... berkebun ker.. angkat benda berat-berat sikit. buat kerja kasar-kasar sikit bagi urat darah besar.tak rasional langsung.

macam la selama ni kotak-kotak buku aku tu berjalan sendiri. macam la selama ni booth-booth nescafe tu berjalan sendiri. macam la kampus ni tawarkan Kemahiran Hidup versi pengajian tinggi. tak pun aktiviti menyangkul beramai-ramai. tak rasional langsung!

***

aku syak,
darah aku manis.
sebab tu nyamuk gigit aku.
tak gigit ultraman. kan? kan? kan? =)

8 comments:

Aku said...

uk baca bangun unt

nickmenza said...

ye ke nyamuk suka manis2? ting! :)

Aku said...

mintak darah skit...gula kat umah dah abis lakkk

Saya mahu kurus said...

bnyak dosa!

zoncapriku said...

share ler sikit ngn nyamuk tu,,sian dia tgh kebulur tu..hhahhaha

chafizomie said...

so jar,

terima kasih sebab bangun dan baca.
dan lagi, macam drakula je mintak2 darah.

nickmenza,

betul! saya asyik kena gigit je. ultraman tak pun... =)

tamsis,

berdosa. masuk api neraka. kau pun berdosa bila kau buatkan aku berdosa.

zoncapriku,

baiklah. darah untuk dikongsi. sapa mau? =)

Anonymous said...

x suke ubat eh??nnt sy suapkn kt awak...

gigger said...

selain mencangkul,adlah amat digalakkan anda untuk melompat bintang..menurut kajian, bintang yang melompat adalah bintang bolasepak.
pasukan bolasepak sekolah tamil jalan cengkudu adalh lebih hebat daripada pasukan man.utd. kerana pasukan itu tidak pernah kalah dengan pasukan liverpool sedangkan man. utd. kalah dgn liverpool 4-1..