Saturday, January 12, 2008

aku dan mi segera


sejak buka semester ari tu, baru 6 kali aku makan nasi. hari2 lain...yang menjadi santapan aku xda lain mi segera, roti. mi segera, roti. sabarlh perut, 6t aku kaya kita makan sedap2 n yang berkhasiat je k. tapi kalo jadi wartawan 6t kena makan mi segera gak camna??

huhu...memang aku makan benda2 yang tak berkhasiat...dah lama aku xmakan buah..huhu..sedih gak la. pernah sehari tu, bila aku nak tido perut aku berbunyi-bunyi. pastu barulah aku teringat..aku makan 3keping roti cap gardenia yang rumate aku beli je hari tu. disebabkan dah lewat malam n aku da kelas awal pagi esoknya..aku buat pekak je la dengar perut aku nyanyi. hmmm..kan lagi "sihat" kalo aku puasa je ari tu..

huhu...sampai camtu skali..ni semua xada lain sebab aku beli laptop. aku berhutang rm1000 lagi ngan abang aku. yang paling sadis...aku makan mi segera sb nak simpan duit untuk praktikal 6t sama.
aku tau walaupun duit yang ada hanya 2 3 ringgit je lagi...tapi aku ada tabung..(eh, mana aku letak tabung tu ha?) tapi tabung tu pendek jer...dah tu aku letak duit syiling plak. kalo la aku bangun pagi sok tetiba tabung tu jadi beso n tinggi n semua duit dalam tu tukar jadi duit kertas pelbagai warna..uihh...mesti best. tapi benda cmtu xpernah berlaku pun waima dalam mimpi aku..

keperitan hari ini untuk kesejahteraan masa depan...alhamdulillah...walaupun mi segera
yang aku makan...ia tetap rezeki dari Allah. dan aku masih lagi diberi kesempatan untuk bertebaran di bumi-Nya. akulah itu dan akulah ini.

No comments: