Tuesday, January 29, 2008

orang minyak yang tak handsome..


orang minyak mengganas??...huh! zaman2 camni pun orang masih nak amalkan benda2 yang langsung tak membawa kepada kemajuan diri sendiri n anak bangsa. aku heran la...asal orang melayu ni tak da benda lain nak buat. memalukan aku sebagai orang melayu.

dalam kes ni...aku assume orang minyak ni orang melayu la coz dari dulu2 lagi lelaki melayu yang mengganut ilmu tak guna mcm2 neh. dari cerita2 lama pun, lelaki melayu yang mendominasi perbuatan yang merosakkan anak bangsa sendiri. n kalo ada cerita2 atau filem2 pun, cerita tu mesti paling kurang, da gak nama melayu.

hmm..lagi 1, xpenah plak aku dengar orang cina or india yang jadi orang minyak, orang sabun atau orang2. dan xpernah plak aku dengar orang minyak versi mandrin or tamil. versi melayu banyak la.

lg 1, orang minyak ni mesti xhansem. sb tu la dia terpaksa jadi orang minyak. ke dia da motif len?? ntah. lagi satu benda yang menghairankan aku, asal orang minyak ni xmasuk universiti jerr... kan? ye la..dari dia mengganut ilmu yang bukan2.

cte sal orang minyak ni, aku sakit hati betul!! tahap menyampah. sbnya isu ni dah takutkan hampir semua student perempuan. kesannya kena gak la kat aku. tu yg menyampah tu. mulanya aku sebolehnya xmo caya ngan benda2 camni. tapi lepas 1, 1 kes yang berlaku. xcaya jap g....orang minyak tu mai cari aku plak. heheh...retorik semata-mata!!

bila kes orang minyak ni makin famous, banyak yang dah berubah...antaranya:-
1. kalo dulu kol 3 pagi aku xda masalah nak g toilet sorang2. tapi malam tadi aku g toilet kol 12.30 n gesok gigi ala kadar jerr.. n masa kuar dari toilet n nak masuk bilik tu, aku siap bleh lari lagi. malu aku kat diri sendiri. ni sume orang minyak yang xhensem ni punya pasal. kalo dpt tangkap 6t, nak jer aku sekeh kepala dia!!

2. da jugak aku dgr cte yang budak2 dari hostel len yang dah balik kampung. espcially chinise girl. walhal sem brake xstart lagi.

3. malam masa nak tido tu, da gak aku dengar budak2 flour bawah yang rapatkan katil n tido ramai2. takut sangat kerr?? xguna betul orang minyak ni.

4. masa aku bangun subuh tadi, da gak aku nampak bilik yang xtutup lampu masa diorang tido. da jgk yang bukak lampu study jerr.. hmm...senang nak kenalpasti sapa sebenarnya orang minyak tu 6t kot.

5. masa aku bangun subuh tadi gak, aku da dengar orang baca surah yassin (rakaman) dr dlm bilik budak2 depan bilik aku ni. takut benar nampak coz sebelum ni xplak pasang surah2 camtu. hmmm...penangan orang minyak..

6. tadi, lepas isyak. aku nampak budak flour aku bawak bantal g bilik kawan dia. fuh!! sesuatu yg xpernah berlaku sebelum ni.. hebat betul orang minyak ni.

erm...memandangkan isu orang minyak ni tengah hangat kat tempat aku, terpikir jugak aku nak g interview dia. kebetulan plak aku da xsgmnt penulisan rencana. kena buat rencana profail. masa tengah2 dok pk nak cari sapa calon yg sesuai aku nak interview, teringat jugak aku kat orang minyak ni. kalo la bleh aku interview dia.....n dia bagi aku tulis profail sal dia, kan best.

wahai orang minyak, sebenar-benarnya...aku sangat menyampah ngan keadaan ni. boring. xsuka. nak termuntah bila dgr da orang cakap sal ko, sakit telinga, sakit hati, dan semua yg berkaitan ngan rasa jengkel aku kat ko.

how can i say.......................................orang minyak ni mmg buatkan aku rs mual, jelik n geli 1 badan. xbertamadun langsung!! err...emo plak heheh..
yup! woi orang minyak, cepat berambus dari sini!! jgn tunjuk muka ko kat aku. ketidak....tahu la ko 6t. (takut jgk sebenarnya huhu)............hmm..akulah itu dan akulah ini.

1 comment:

Anonymous said...

dear rumate ultraman,
hahahaha..rupa2nya boleh gak tulis cerita yg lawak gini huhuhu..sal org minyak tue hahaha apa2 ajalah tp still sakit ati gak kan..pasal semlm yg rumate ultraman lari dr blk air tue mmg kelakar giler sampai ultraman kuar air mata gelak..ish sampai ada bdk pasang surah yasin n lampu lak..emm nampaknya org minyak nie telah mendekatkan student dngan ALLAH la (studnt melayu) scara tak langsung ada gak kebaikan org minyak nie..wakaka..

p/s: ultraman sokong yg org minyak tue tak hensem sbb tue kene jd org minyak..ehh satu lg org minyak nie dr mana ye Shell ke petronas (saki san yg tanya) wakakaka..