Friday, November 14, 2008

Dari hati terus ke inbox message



Jemputan: salam. Tidak kira dimana anda berada, free atau tidak, anda diajak [dipaksa sebenarnya bukan dijemput] untuk sertai budak-budak sains gunaan 2002/2003 ke Titi Hayun, Gunung Jerai [bukan mandi tapi hiking] pada 15@16/11/2008. jom panjat Gunung Jerai!!


To: syed farhan hafis, syamsuriana, shahrul zaimi, azizah, sollahhudin, fendi, nurul nadwah, shuhaliza, nurul shuhada, soffie. [amran, yusuf, shikin, linda, yusri, nur’ain, kielah. Maaf sebab aku tak dapat cari numbor telefon. Jadi tiada jemputan. Dan kielah...ko jaga anak ko kat rumah.]


Updated: salam. tarikh ditunda atas permintaan semua. Budak-budak sains gunaan yang lain dah setuju 23/11/2008 sebagai tarikh g hiking di Titi Hayun, Gunung Jerai. Soffie kata dia nak buat makan-makan sikit. Dia kata… Saper nak ikut?? Dan lagi…tadi fendi call din. Fendi jemput g rumah dia. FENDI KAWEN!! 23/11 kenduri rumah wife dia di KL. 26/11/2008 pulak kenduri rumah dia. Dia jemput semua.



Syed: beres. Aku ok ja…asalkan selepas 21/11. Aku ON.

[huh!! Xder perasaan ke mamat nih? Gasak la…janji ko g hiking.]


Syed. Budak lelaki yang cari pasal dengan aku lima tahun lalu. Budak lelaki yang penah buatkan aku rasa sangat bengang dan rasa macam tak nak pegi sekolah walaupun SPM lagi sebulan. Budak lelaki yang aku panggil ‘babun datang bulan’. Budak lelaki yang memang aku alah kalau jumpa dalam dewan makan asrama. Budak lelaki yang penah benci aku dulu sama macam aku benci dia. Syed. Budak lelaki yang fanatik dengan bola, jersi number 7 dan David Beckham. Budak lelaki yang suka lagu khayalan-Ruffedge. Budak lelaki yang takut ikan hidup, cicak, kucing, katak dan berudu. Syed farhan hafis...selamat berjumpa selepas lima tahun. Kami hanya saling bermaafan pada hari pertama peperiksaan paper Bahasa Melayu [waktu itu masih lagi Bahasa melayu, bukan Bahasa Malaysia]. Itu pun sebab dia duduk depan aku. Kalau masing –masing duduk jauh...sampai bila-bila pun tak mintak maaf. Jumpa nanti syed.


Soffie: hang macam mana? Pi ka kenduri rumah fendi?

[aku xda kaki kat kampung. Aku tumpang hang boleh? Ah…skandal lagi]


Soffie. Monitor kelas waktu form 5 dulu. Aku simpati dengan ko sebab dapat penolong monitor macam aku. Ye, aku mintak maaf. Aku banyak wat salah ngan ko. Kalau nak ikut...boleh masuk katogeri durhaka. Tapi nak wat camne...dah ko slow.kalau tak silap, last day sekolah pun aku cari pasal ngan ko kan. Nak buat camne...ko keturunan itik nila dan aku keturunan ayam belanda.heh


Liza: w’salam. 23 tu liza baru balik keja. Kalau nak join pun rasa macam tak sempat sebab nak pi rumah sepupu liza pulak. Dia kawen. Wan pi ka kenduri rumah fendi? Liza keja la ari tu…

[pulakk. Kenapa perlu bekerja time aku balik kampung?? Setahun sekali je tau aku balik kampung. Tahun ni je dua kali.]


Liza. Seminggu sebelum SPM, baru aku betul-betul kamceng ngan dia. Sebelumnya, rapat jugak tapi bukan macam ni. Selepas aku ‘keluar’ dari kampung tu...dia satu-satunya kawan yang masih aku hubungi. Dan setiap kali hari raya..aku akan pergi ke rumah dia. Dia tak pernah datang rumah aku sebab aku tak ada rumah, sekalipun rumah abah aku.ya, aku sayang kamu


Iezah: w’salam. Insyaallah…wan balik sini la. Berapa hari bulan balik sini?

Ye...22 ni wan balik. nanti jumpa kat kampung. Kirim salam ngan mak ye]


Iezah. My best friend. Dulu. Sekarang? Pedih. Nantilah aku tanya hati aku. Iezah, kawan sekelas aku dari darjah satu sampai tingkatan lima. Di mana ada iezah, di situ mesti ada wan. Mak dia dah macam mak aku.itu dulu. Sekarang aku fikir berkali-kali kalau nak pergi rumah dia.penjelasan? maaflah..aku memang malas buka mulut.


Anna: pulakk dah…orang nak pi hiking dia nak menikah pulak. Orang buat rumah perempuan dulu baru rumah lelaki..ni terbalik pulakk..

[eh..kene wat umah perempuan dulu ke? Nape kene wat rumah perempuan dulu?tak kisah la...aku bawah umur lagi..tak yah amik tau hal-hal orang tua camni]


Anna...biase je. Macam kawan-kawan yang lain jugak. Boleh tahan kelakar. Otak jahat sama macam aku. Anna. Jangan tak datang tau.


Nadwah: w’salam. tak tahu lagi wan sebab hari ahad susah sikit nak dapat cuti. Fendi erk? Tak nak arr g rumah dia. Dia tak jemput wah pun..

[pulakk. Pesal la kawan-kawan aku ni senstif macam orang tua-tua? Selalu orang tua je buat perangai tak nak pergi kalau tak jemput dengan mulut sendiri.haih]


Nadwah. Sweet. Selalu datang kampung aku dengan usung papan lukisan dari Ruat. Konon-konon study. Tapi result lukisan kejuruteraan masing-masing lingkup jugak. Haila...


Shahrul: insyaallah…aku pi. Tapi kalau ada apa-apa hal jangan lupa bagitau aku pulakk.

[ye lah. Nanti kalau ada apa-apa perubahan, aku inform ko. Datang tau!!]


Shahrul. Budak lelaki yang sangat pemalu. Jadi aku, yang memegang watak budak perempuan yang jahat bertanggungjawab mengusik dia. Tiap-tiap hari.Tu la...lain kali malu-malu lagi dengan aku. Tapi waktu kimia mintak tolong ngan dia jugak. Sorry shahrul..jangan marah aku.


Dan kielah....

Kielah. Seorang kawan. Pendiam dan pemalu. Baru lepas bersalin dua tiga hari lepas. Tak tahu dapat baby lelaki ke perempuan. Nanti-lah aku balik kampung, aku g rumah ko. Berdedikasi punya kawan!! Gila apa ntah kawen awal-awal. Sama je macam fendi!!

Yang lain...aku sayang kamu. Terima kasih sebab kawan ngan aku.



Kawan,

Kejutkan aku yang masih bermimpi,

berfantasi di alam imaginasi,

aku belum ready lagi

...untuk realiti.-noriko


4 comments:

Anonymous said...

sape noriko???gf hidemichi kimura ker???

jebatsari said...

dia - seorang yang baik, pendiam tapi kelihatan nakal. nampak sangat

dia menyorokkan perangai sebenarnya. lepas lama sikit kenal, sah,

memang dia budak baik. paling mengejutkan, dia jenis ada otak.

berfikiran kritis tapi tak reti menunjuk.

mungkin jugak disebabkan tak berapa rapat, so menjadi dia ni seorang

pemalu gila. bila jumpa, asyik aku je kena bercakap. yang dia tahu kata

hanya ini:

"ntah, tak tahu... saya ok ajeee"

chafizomie said...

aidir: noriko? seorang kawan yang kalau aku lelaki, aku sanggup tunggu dia.


jebatsari: saya masih belajar.ingin belajar dan sanggup belajar. lead me.

dan lagi...teruskan bercakap sebab saya akan mendengar.

Anonymous said...

kalu cmtu sy nk tggu noriko la...