Saturday, November 15, 2008

Ini kisah anak anjing dan biawak bertuxedo

Coklat. lahir dalam hutan. sendirian.

ibunya mati ditembak oleh mereka yang bekerja dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang tiga bulan lalu kerana disangka gila. sekitar jam sepuluh setiap malam akan menyalak. Kuat hingga kadang-kadang mengejutkan penghuni blok yang tingkap biliknya terbuka luas setiap malam dan tertutup rapat siangnya.

Memanjat tangga, seorang perempuan cina. dengan ketulan ayam goreng dan segenggam nasi, berjalan lambat menuju ke hujung blok tempat si anak bermain. Menyedari ia didekati, si kecil terus berlari menyembunyikan diri.tidak keluar-keluar biarpun perempuan tua itu telah lama balik.

baby..” panggil seorang makcik cleaner. “baby...” perempuan melayu itu terus memanggil... perlahan-lahan si kecil keluar dari tempat persembunyiannya. Takut-takut berani. Mulanya perlahan, kemudian berlari–lari mendapatkan si tua itu. “makan ni, esok ikut aunt tadi balik tau. Kat sini tidak ada makanan”.

***

“eh...mak cik tadi cakap ada orang nak datang ambil anak anjing tu” ultraman bertuala membunuh kesunyian. Si teman sebilik hanya memandang. “mak cik tu tanya saya pernah kena kejar tak? Lepas tu saya cakap la tak pernah. Tapi saya tahu la ada budak yang kena kejar dengan anak anjing tu”.

Si teman sebilik masih tidak bersuara. Hanya tersenyum mendengar ulah ultraman.

***

“Siapa tu makcik?” aku bertanya kepada seorang mak cik cleaner. “ooo ...tu aunt yang nak mai ambik anak anjing tu. Kesian kat dia [anak anjing] duduk sini pun tak ada apa-apa nak makan. Itu yang mak cik mintak kawan makcik datang ambil tu.

“ooo ye ke”.

“tu la, mak cik bukannya tak boleh bagi makan, tapi selalu sabtu, ahad makcik tak kerja. Nanti siapa nak bagi makan. Kesian pulak. Lagi satu, student-student sini nanti cakap mak cik bela anak anjing ni pulak”. Tuala yang tersangkut di bahu diambil dan terus mengesat keringat yang merenik di dahi kemudian meneruskan ceritanya.

“tu la tadi sembang dengan seorang student ni, dia kata ada student yang kena kejar. Tu yang mak cik risau tu, nanti makin ramai pulak yang kena kejar”.

Hahaha

GULP!!
Ya, kalau tak perlu samak, aku dah sekeh anak anjing tu sebab kejar aku dua minggu lepas.




.....................




Raksajee: ultraman, awak ultraman apa? Bagitau la saya...

Ultraman: tak boleh...

Raksajee: ala...saya raksasa baik. Bagitau je...tak pe.

Ultraman: raksaksa, menurut undang-undang 115 planet ultra, saya tak boleh dedahkan identiti saya tau. Bahaya.

Raksajee: ala...bagitau je awak ni ultraman apa. Saya nak tahu itu saja.

Ultraman: awak ni...undang-undang 125 pun saya tak boleh langgar, inikan pula undang-undang 115 planet ultra.

Raksajee: alor.....



Jauhkan anak-anak anda daripada mendekati televisyen. Pengaruh media amat dahsyat dalam zaman angkasa seperti sekarang.

Aku: ultraman, yang pakai tuxedo beriben merah tu biawak peliharaan awak kan? Macam mana dia sekarang? Business ok?

Dan jangan abaikan faktor rakan sebaya.

3 comments:

Anonymous said...

undang-undang 115 dan undang-undang125 tu wujud ke? atau mitos semata-mata?

Anonymous said...

lawak laa cerita anjingg tu... kah kah kahhhh

chafizomie said...

jee: dan saya tak pernah percaya ultraman itu benar-benar dari planet ultra

abg fazallah:jangan gelak kuat-kuat. nanti kena kejar.heh